CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Budaya] Seni Masakan/Resepi

[Copy link]
 Author| Post time 8-2-2022 12:24 PM | Show all posts
makaroni bakar cheese meleleh


Bahan2
2 cawan makaroni * rebus
1 tin sos spageti prego (perisa tradisional)
Lada hitam ajishio
1 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1/2 Minch meat(nak guna semua pon boleh)
1/2 tin cendawan potong dadu
1 bj Carrot kecik potong dadu
1/2 bj Capsicum potong dadu
(Olive kalau xde takyah letak)
Cheddar cheese parut

Cara2:
Panaskan 3 sudu minyak (minyak zaitun dlam gambar tu optional je) masukkan bawang & garlic cincang layukan.. masukkan carrot dan daging kacau2... letak sedikit air utk empukkan daging dan carrot masak dalam 3minit.
Masukkan cendawan, capsicum, olive(kalau ada) kacau sekejap.
Masukkan sos prego kacau dan masukkan makaroni yang dah rebus.
Perisa kan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Garam letak sikit dulu... sbb sos prego dan lada hitam tu dah ada rasa garam.
Boleh masuk dalam bekas alumunium size 7x7 dapat 2bekas. Kalau xder boleh guna loyang masak kek size 9x9

Bahan2 sos putih:
2 cawan susu segar
2sudu bsr tpg gandum
4 sudu bsr butter
Sedikit garam

Masak dalam periuk hingga creamy lebih kurang 5 mins
Tuangkan dan ratakan sos putih di atas makaroni. Parutkan chedar cheese(optional) kalau suka cheese yg banyak.
Lapis dengan cheddar slice atas dia...
Bakar oven 160 selama 20 min
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2022 12:24 PM | Show all posts
UDANG BERLADO

Segenggam cili padi merah + hijau
Bawang merah besar 2 biji
Bawang putih 4 ulas
Daun limau purut 3 helai.

Blend bersama air semua bahan kecuali daun limau.
Tumis bahan blend sampai pecah minyak.
Minyak jangan terlalu sikit.
Masukkan daun limau dan serbuk kunyit 1 sk.
Masukkan gula dan garam
Akhir sekali masukkan udang dan bawang merah potong.
Jangan masak lama sangat lepas masuk udang, nanti kulitnya kecut dan overcooked, tak sedap.
Siap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2022 12:26 PM | Show all posts
AYAM GORENG KARI

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
Bahan A
•••••••••
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili kering
5 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan lada sulah
Garam secukup rasa
Bahan B
•••••••••
1 biji telur
1 tangkai daun kari
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung gandum

Cara-cara
1. Kisar kesemua bahan A
2. Gaul ayam bersama bahan A dan B
3. Perap selama sejam
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak
5. Sedia dihidangkan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2022 12:26 PM | Show all posts
Kue Tiaw Sup

Bhn utama :
Dada ayam
Rangka ayam.
Utk kuah sup-
Bhn kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bwg putih
1/2 inci halia
Sesudu kecil lada putih.
1 batang serai
Kisar semua hingga halus

Sediakan rempah menumis-
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Sup bunjut
2 sudu rempah sup(kalau suka rasa rempah letak satu pek kecil rempah sup)
Kiub ayam knorr@maggi
Air secukup nya
Garam

sediakan periuk dan minyak secukupnya
Tumis rempah .masukkan bhn kisar dan rempah sup.bila dh terbit bau.masukkan air secukupnya.masukkan sup bunjut dan kuib ayam knorr.masukkan ayam,rangka ayam.
Biarkan mereneh hingga ayam empuk.angkat biarkan sejuk dan siat2(terpulang lah nk siat atau nk ketul2 besar ayam tu).biarkan rangka ayam@ tulang ayam dlm sup.
Kue tiaw di celur hingga lembut,nk buang minyak ada ada pd kuetiaw tu

Bhn hiasan sampingan-
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
Taugeh
Kcg tanah
Sambal kicap

Resepi
Sambal kicap
Cili api secukupnya*
1 biji bawang besar*
Kicap masin
Kicap manis
1 sudu kecil tepung jagung
2 biji Limau kasturi
Air

Cara
Kisar semua bhn bertanda*hingga halus
Sediakan periuk kecil.
Masukkan bhn kisar kedlm periuk
Masukkan kicap secukupnya.
Masukkan sedikit air
Kacau atas dapur sambal kicap ni..
Masukkan bancuhan tepung jagung..
Dah meruap..padam kan api dan perah limau kasturi kedalamnya..kacau sebati.sedia utk di gunakan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2022 12:28 PM | Show all posts
puri

Resepi ..
2 cawan Tepung gandum
2 sudu besar ghee
Sedikit garam
Air suam

Campur bahan kering gaul2 kan dia
(Kalau ada mixer masuk ja biar mixer ulikan)
Masukkan air sedikit2 uli sehingga doh lembut n tak melekat dekat mangkuk
Bulat2 kan dan rehat kan doh sekejap
Canai leper2
Panaskan minyak (pastikan minyak betul2 panas) masukkan puri yg di canai tadi
Goreng sehingga kekuningan
Dah siap

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2022 02:13 PM | Show all posts

byk tu dh tepek, mana tacangnya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2022 03:22 PM | Show all posts
Tashu replied at 8-2-2022 01:13 PM
byk tu dh tepek, mana tacangnya?

Banyak nye spam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2022 03:31 PM | Show all posts

laaa spam pulak, kata suh tepek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2022 03:32 PM | Show all posts
Tashu replied at 8-2-2022 02:31 PM
laaa spam pulak, kata suh tepek?

banyak bebeno
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2022 03:38 PM | Show all posts

stok utk esok lusa tulat, xmo tepek dh
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 06:04 PM | Show all posts
Tashu replied at 8-2-2022 02:38 PM
stok utk esok lusa tulat, xmo tepek dh

X pe sy lak kasi spam
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 03:54 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 10-2-2022 02:55 AM



















]DAPURResepi Sup Tulang Ala Thai Simple Tapi Power Macam Kedai Siam. Masam-masam Pedas Gitu

ByNazurah Hassan











Kadang-kadang rasa tekak ni nak makan yang simple-simple je kan?
Kalau asyik sup biasa je boring pulak.

Apa kata cuba resepi sup tulang ala Thai macam kat kedai Siam tu.
Simple je nak buat, lebih-lebih lagi musim korban ni mesti ramai yang ada lagi daging atau tulang yang orang bagi kan?



Di sini kami kongsikan resepi sup tulang ala Thai oleh Puan Hamizah Hassanudin yang gerenti kita buat terliur.


Katanya resepi ni serius memang sedap sangat!
Jom tengok resepi beliau selengkapnya di bawha ini.
RESEPI SUP TULANG ALA THAI SIMPLE TAPI POWER
Resepi sup tulang ala Thai ni memang special, rasa dia masam-masam pedas gitu.
Nak makan dengan nasi putih boleh, cicah roti pun sedap.
Cara nak buatnya mudah sangat.
Jom tengok bahan-bahannya dulu.
BAHAN-BAHAN
  • 1 kg tulang / daging (rebus dulu dengan halia sampai empuk)
BAHAN TUMIS:
  • Serai 2 – 3batang (ketuk)
  • Lengkuas 1 inci (ketuk)
  • Bawang putih 3 ulas (ketuk)
  • Bawang holland 1 biji (hiris)
  • Bawang besar 1 biji ( hiris)
  • Halia 1 inci (ketuk)
  • Akar ketumbar (ketuk)
  • Daun limau purut ( 3 or 4 helai)
BAHAN HIRIS:
  • Batang saderi
  • Tomato
  • Cili hijau
  • Cili merah
  • Hirisan bawang holland
  • Daun ketumbar
  • Daun sup
Ni gambar bahan-bahannya.
Sebelah kiri untuk di hiris dan di sebelah kanan untuk menumis nanti.
CARA-CARA1. REBUS DAGING
Mula-mula macam biasa kita rebus dulu daging atau tulang tu. Rebus sampai empuk tau.
Takdelah patah gigi nak siat daging tu nanti.
Kalau ada pressure cooker lagi senang.  Kejap je empuk.
2. TUMIS
Dalam satu kuali lain, kita tumis semua bahan di atas sampai layu dan naik bau.
Jangan sampai hangus tau nanti tak sedap jadi pahit pulak.
3. Masukkan Bahan Tumisan Ke Dalam Rebusan Tulang / Daging
Ok lepas dah tumis tadi, masukkan bahan tumisan tu ke dalam tulang yang dah di rebus bersama air rebusan tadi tulang dan daging.
Tunggu kejap bagi mendidih seketika.
4. BUBUH AIR LEMON / LIMAU
Lepas tu masukkan air lemon / limau kasturi, kuantiti banyak mana tu ikut tekak masing-masinglah ya.
Nak masam lebihkan air limau kasturi tu.
Kalau tak nak masam sangat bolehlah kurangkan sikit.
5. MASUKKAN BAHAN LAIN
Ni bahan-bahan yang di hiris. Ada batang saderi, tomato,cili hijau, cili merah, hirisan bawang holland dan lain-lain.
Kita bubuh semua tu ke dalam sup yang dididihkan tadi.
6. PERASAKAN SECUKUPNYA
Akhir sekali taburkan daun ketumbar atau daun sup, bawang goreng dan perasakan secukupnya.
Maklumlah kalau makanan Siam memang selalu guna daun ketumbar untuk bagi naik baunya.
Kalau yang tak suka ketumbar boleh juga gantikan dengan daun sup.
Lepas tu perasakanlah secukupnya dengan garam dan perasa ikut suka.
Haa…. Dah siap!
MASAM-MASAM PEDAS, SERIUS SEDAP!
Dah siap bolehlah hidangkan terus.
Makan panas-panas memang power.
Hirup macam tu je pun dah sedap…
Mudah kan resepi sup tulang ala Thai ni?
Nampak pun menyelerakan…. Boleh terliur dibuatnya.
Selamat mencuba!
*Resepi sup tulang ala Thai ini dikongsikan oleh Puan Hamizah Hassanudin menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai resepi sila rujuk post asal beliau di SINI.













Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 03:56 AM | Show all posts


















[size=0.65]DAPUR
Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai Paling Simple Tapi ‘Power’. Tak Ada Pengukus, Kuali Pun Boleh
[size=0.9]ByNazurah Hassan

[size=0.8]Posted on April 27, 2020











Resepi siakap stim limau ni memang mudah disediakan, orang bujang pun confirm boleh buat.
Ia adalah salah satu hidangan yang sangat terkenal di negara jiran kita, Thailand.

Selain rasa dan baunya yang menyelerakan, ia juga sihat sebab tak menggunakan setitik minyak pun tau!
Jadi, jom kita cuba resepi siakap stim limau ala Thai yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini.



Jangan risau kalau tak ada pengukus, boleh je [size=16.0606px]masak guna kuali macam cara yang ditunjukkan nanti.


RESEPI SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI SIMPLE & POWER!
Ikan siakap stim ni memang special sebab ikan siakap tu saja dah sedap.
Kadang-kadang orang buat siakap stim halia, siakap stim limau atau siakap stim [size=16.0606px]lemon, bergantung pada selera dan bahan yang kita ada.
Hari ni saya kongsikan resepi siakap stim simple ala Thai yang mudah.
BAHAN-BAHAN
  • Seekor ikan siakap
  • 2 biji limau nipis
  • 1 batang serai
  • 5 hirisan halia
  • 3 tangkai cili kecil merah
  • 3 tangkai cili kecil hijau
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang daun ketumbar
  • Setengah kiub pati ayam
  • Sos ikan
CARA-CARA1. KUKUS IKAN
Mula-mula, kukus ikan mengikut langkah ini:
  • Bersihkan ikan siakap dan hiris bahagian badannya.
  • Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.
  • Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.
  • Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.
2. MASAK KUAHNYA
Dalam sebuah periuk lain, kita masak pula kuahnya.
Caranya seperti di bawah:
  • Cincang bawang putih secara kasar
  • Gorengkan bawang putih yang telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan – kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim
  • Padamkan api kuali dan langsung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
  • Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.
  • Kacau kuah sehingga sebati.
3. KUKUS IKAN BERSAMA KUAH
Bila kuah dan ikan dan masak, tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun ketumbar.
Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit supaya kuah, bahan-bahan masakan dan perasa meresap dan sebati dengan ikan siakap.
Siap dan sedia dihidang.
*Nota: Bagi yang tak ada pengukus, boleh juga gunakan kuali untuk mengukus.
CARA KUKUS GUNA KUALI
Mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana nak kukus guna kuali.
Ini saya kongsikan cara saya kukus guna kuali.
1. Mula-mula letak air dalam kuali, kemudian letak mangkuk kaca berisi air di dalamnya.
2. Kemudian isi pinggan besi yang nak letak ikan stim nanti.
3. Lepas tu guna penutup yang muat dengan kuali tu.
Kalau nak guna mangkuk kecil pun boleh.
Simple kan?
SIHAT, MUDAH & SEDAP
Sekejap je dah resepi siakap stim kita ni.
Ada yang nak lagi senang, terus masukkan semua bahan bersama macam masak ikan singgang, cuma ditutup periuknya. Boleh juga ikut kreativiti, bahan yang ada dan selera masing-masing.
Dekat rumah pun boleh makan ala restoran Thai. Taklah susah mana kan?
Lagi jimat dan puas hati buat sendiri. Rugi tak cuba tau!

*Resepi siakap stim limau simple ini dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai resepi, sila rujuk post asal beliau diSINI.













Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 07:20 AM | Show all posts
Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Mudah dan Sedap[size=0.875]April 04, 2020  4 comments
Musim Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia memaksa hampir setiap negara mengambil langkah-langkah berjaga dan mengawal pergerakan rakyat supaya rantaian jangkitan virus tersebut dapat diputuskan. Sehingga hari ke 18 jumlah jangkitan di Malaysia sudah mencapai angka 3,333 orang. Harapan kita supaya yang dijangkiti diberi kesembuhan oleh-Nya inshaAllah amin.


Hari ni saya nak share buat semua yang sedang duduk di rumah kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) satu resepi yang mudah je untuk hari ni, ikan tenggiri masak kicap. Semenjak semua dirumah ni lauk memang laju je jalan, nak beli di luar pun terhad jadi kita belajar masak sendiri sahaja kan.


Hidangan Ikan Tenggiri Masak Kicap Mudah dan Sedap




Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Bahan- bahannya seperti :
  • Ikan tenggiri sederhana besar potong 4 (atau beli yang blok pun boleh)
  • Serbuk kunyit untuk salut ikan
  • Bawang besar saiz sederhana 1 biji
  • Kulit kayu manis sebesar ibu jari
  • Bunga lawang 2 biji
  • Cili hijau 1 tangkai
  • Bawang merah 2 ulas
  • Bawang putih 1 ulas
  • Kicap
  • Sos cili 1 sudu
  • Sos tomato 1 sudu ( tiada pun tiada masalah)
  • Gula
  • Garam secukup rasa


Cara-caranya :

  • Bersihkan ikan dan perap dengan garam dan kunyit sebentar
  • Panaskan minyak dan goreng ikan tengiri hingga setengah masak
  • Sementara itu tumbuk bawang merah dengan bawang putih
  • Hiris melintang (membulat) bawang besar
  • Hiris menyerong cili hijau
  • Asingkan ikan yang telah digoreng tadi.
  • Biarkan sedikit minyak, panaskan dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bahan tumbuk hingga naik bau.
  • Tambahkan sesudu cili sos dan sos tomato ke dalam bahan tumis ,gaul dan tumis hingga masak
  • Masukkan kicap dalam 3 ke 4 sudu ke dalam kuali gaul dan tumis sebentar
  • Tambahkan garam dan gula secukup rasa
  • Masukkan sedikit air dan rebus sebentar
  • Kemudian masukkan ikan tenggiri yang setengah masak tadi dan rebus sebentar.
  • Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong membulat juga cili hijau tadi.
  • Gaul rata dan sedia dihidangkan.
Ikan Tenggiri Masak Kicap


Boleh la anda semua cuba masakan tenggiri masak kicap dirumah. Semoga semua pembaca dan semua rakyat Malaysia sentiasa dilindungi dari wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang ini.




Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 07:59 AM | Show all posts
Edited by tari at 14-2-2022 08:01 AM



Resepi Puding Raja/Royal Puding Pahang
BAHAN-BAHAN : (untuk jala mas)
  • 5 biji kuning telur dibuang tali pusatnya
  • 1 cawan gula*
  • 2 cawan air*
  • sehelai daun pandan disimpul*
  • samada acuan roti jala muncung kecil atau kelongsong daun pisang)
  • penapis

CARA-CARANYA :
(untuk jala mas)

  • masukkan bahan bertanda dlm kuali (pan)
  • sambil menunggu air gula mendidih kita kacau kuning telor biasa sebati dan tapis kuning telor
  • setelah air mendidih, keluarkan daun pandan tadi.. serta masukkan telor dlm acuan roti jala atau dlm kelongsong daun pisang
  • tinggikan kan sedikit acuan roti jala atau kelongsong tadi (mcm saya ajar buat butter prawn) untuk mendapatkan urat yang halus..
  • tuang kan kuning telor tadi dari tepi pan (kuali) secara bulatan .. ( cara tuang pun seperti mana kita buat roti jala)
  • Jika 5 biji telor ni dlm 3 kali buatla..jgn buat sekali gus ye..buat sikit2 dlm 3 kali
  • jala mas ni tak lama sangat ye dlm air gula tu ..lepas tuang tunggu sekejap pastu
  • angkat samaada guna chop stik atau guna senduk dan toskan air gula tu
  • buat lagi sampai 3 kali atau 4 kali bergantung..ketepikan


BAHAN-BAHAN : (untuk Pisang Goreng)
  • Pisang
    * kalau boleh carilah pisang lemak manis (sgt sesuai) kalau takde pun carila pisang apa2 pun asal rasa nya manis ye


CARA-CARANYA :
( untuk pisang goreng)

  • panaskan kuali dan masukkan minyak serta goreng pisang tersebut sebiji2
    * (tak yah belah/potong tp kalau pisang tu bukan pisang lemak manis dan saiz agak besar terpulanglah nak potong atau tidak)
  • goreng sampai agak gelap sikit warna nya mcm dlm gambar


BAHAN-BAHAN :
(untuk sos Kastard)

  • 1 biji telor
  • 400ml susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • sedikit esen vanila
  • 2 @ 3 sudu besar gula
    *(saya buat tak isi banyak sangat gula sbb jala mas dah rasa manis dan pisang pun dah ada rasa manisnya) kira sos saya ni manis2 buah je


CARA-CARANYA :
(untuk sos kastard)

  • masukkan telor, susu cair, esen vanila, kacau sebati
  • kemudian masukkan air dan daun pandan serta gula
  • masak dgn api sederhana besar..mendidih tutup api
  • dan sejukkan dlm peti ais


HIASAN :

  • buah prune dibuang biji
  • buah ceri merah dan hijau dipotong 4
  • gajus di goreng sebentar


CARA MENGHIAS :

  • mula2 dlm bekas taruk pisang goreng dulu
  • letakkan atas pisang jala mas sehingga menutup pisang
  • letak buah prune, ceri merah dan hijau serta gajus
  • curah sos kastard yang sejuk tadi sedia dihidang





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 06:05 PM | Show all posts
tari replied at 14-2-2022 06:59 AM
Resepi Puding Raja/Royal Puding Pahang
BAHAN-BAHAN : (untuk jala mas)

Ada tanam pisang lemak manis...sejak pandemik terus x tumbuh...
Bonsai lak kemain subur...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2022 06:19 PM | Show all posts
seribulan replied at 14-2-2022 06:05 PM
Ada tanam pisang lemak manis...sejak pandemik terus x tumbuh...
Bonsai lak kemain subur...{:mldona ...

pokok pisang kena kobid ke

bonsai bunga apa tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 06:21 PM | Show all posts
tari replied at 14-2-2022 05:19 PM
pokok pisang kena kobid ke  

bonsai bunga apa tu

Tak berbunga lagi...tapi 5 tahun bantut...sekrg menggalah
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 06:22 PM | Show all posts
seribulan replied at 14-2-2022 06:21 PM
Tak berbunga lagi...tapi 5 tahun bantut...sekrg menggalah

bubuh baja tak
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 06:39 PM | Show all posts


MEE KUAH UDANG


Bahan-bahan:
  • Kulit & kepala udang (kisar dan tapis)
  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Cili kisar 3-4 sudu
  • Sup tomato 6 sudu
  • Sayur sawi
  • Udang
  • 1 paket mee
  • Fish cake
  • Telur rebus
  • Daun bawang
  • Cili hidup
Cara-cara memasak:
  • Tumis bawang besar, bawang putih can cili kisar.
  • Bila dah pecah minyak, masukkan air udang. Tambahkan air secukupnya.
  • Masukkan suo tomato.
  • Bila dah mendidih, masukkan udang.
  • Masukkan pula sayur sawi.
  • Perasakan dengan garam, penambah perisa secukupnya.
  • Masukkan mee, kacau rata.
  • Siap untuk dihidang!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.123497 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list