CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Sabah] Pemandu wanita cedera, dua kereta bertembung

[Copy link]
Post time 6-2-2022 05:47 PM | Show all posts |Read mode


CEDERA: Mangsa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan susulan.

SANDAKAN: Seorang wanita cedera selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Batu 9 Jalan Lintas, di sini semalam.

Kemalangan itu melibatkan dua buah kenderaan yang bertembung di lokasi kejadian, kira-kira jam 1.30 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.49 petang.

Katanya, susulan itu, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, seorang mangsa berumur 50 tahun masih berada di dalam keretanya, manakala seorang lagi telah keluar sendiri tanpa sebarang kecederaan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba, namun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, pasukan bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum menghantarnya ke hospital untuk rawatan susulan.

“Pasukan bomba kemudiannya menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat untuk pengguna jalan raya yang lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.23 petang,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/06

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.446855 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list