CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 390|Reply: 1

[Sabah] Siasat secara terperinci dakwaan cubaan pencerobohan di Sabah

[Copy link]
Post time 6-2-2022 05:45 PM | Show all posts |Read mode


KUDAT: Pasukan keselamatan di negeri ini diarahkan untuk membuat siasatan rapi mengenai dakwaan cubaan pencerobohan di Lahad Datu.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (gambar) berkata, siasatan perlu menyeluruh demi keselamatan Sabah dan kedaulatan negara keseluruhannya.

Beliau berkata, pihaknya sudah menerima taklimat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah dan dijelaskan bahawa tiada petunjuk untuk mengaitkan dakwaan pencerobohan itu.

Dalam pada itu, dalam satu sidang media oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun baru-baru ini menjelaskan, pasukan polis mengesahkan tiada sebarang kemasukan atau pergerakan individu mencurigakan di kawasan perairan Long Patau, Tambisan setakat ini.

Katanya, hasil siasatan tidak menemukan sebarang petunjuk sepertimana dakwaan berkenaan lebih 10 lelaki bersenjata dipercayai warga Filipina menyusup masuk ke Lahad Datu melalui perairan Tambisan.

“Bertindak dengan maklumat yang diterima pihak Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), pihak keselamatan Sabah termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi keselamatan lain menjalankan siasatan dan risikan terperinci berkenaan dakwaan ini.

“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang petunjuk serta bukti kukuh yang menunjukkan wujudnya kehadiran atau pendaratan individu yang didakwa itu di sekitar kawasan Long Patau Tambisan,” katanya.

Sementara itu, Hajiji menyeru kepada semua rakyat di Sabah untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 berikutan peningkatan kes baharu secara mendadak pada Sabtu.

Kes COVID-19 baharu meningkat secara mendadak kepada 1,209 kes selepas beberapa bulan hanya mencatatkan kes dibawah paras 500 kes.


utusanborneo.com.my/2022/02/06

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2022 10:37 PM | Show all posts
LOL...ko tinjau siang hari..dia masuk malam...badigol...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.307859 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list