CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 1

[Sabah] Kes baharu COVID-19 di Sabah terus meningkat

[Copy link]
Post time 6-2-2022 05:44 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Sabah terus merekodkan peningkatan kes baharu COVID-19 apabila hari ini mencatatkan sejumlah 1,285 kes baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (gambar) berkata, punca pertambahan kes harian yang tinggi disebabkan oleh beberapa faktor.

"Faktor yang jelas ialah virus COVID-19 sudah bertapak secara meluas dalam komuniti dan ini memudahkan kadar penularan dan jangkitan dengan lebih cepat.

"Sebanyak 47.55 peratus jangkitan baharu hari ini berlaku secara sporadik dan hanya disedari apabila pesakit mengalami gejala jangkitan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, jangkitan berkenaan adalah kategori pesakit yang direkodkan melalui saringan bergejala. Jumlah kategori ini lebih tinggi daripada jumlah pesakit yang merupakan kontak rapat kepada kes indeks (45.37 peratus).

Katanya, peratusan kes-kes melalui saringan bergejala adalah tinggi di kawasan perbandaran. Sebagai contohhnya, hampir 50 peratus daripada kes-kes baharu di Kota Kinabalu adalah daripada kategori saringan bergejala.

"Faktor kedua yang menyumbang kepada jumlah kes yang tinggi ialah sikap cuai atau tidak peduli segelintir masyarakat kepada keperluan mematuhi SOP sama ada semasa berkumpul dengan kawan-kawan atau semasa berada di khalayak ramai.

"Contohnya, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal sudah semakin longgar. Sikap cuai ini memudahkan jangkitan dan seterusnya menambah bilangan pesakit baharu," katanya.

Masidi berkata, tertakluk kepada pengesahan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes baharu yang melambung tinggi sejak seminggu ini berkemungkinan juga disebabkan oleh Omicron, varian yang lebih cepat merebak walaupun gejala jangkitan lebih ringan daripada varian lain.

Katanya, kadar penularan Varian B2 Omicron yang merupakan varian dominan di negara jiran Filipina adalah 1.8 lebih cepat daripada varian biasa.

Jelasnya, varian yang sama juga mengakibatkan peningkatan kes yang tinggi di Singapura dan di banyak negara lain.

"Terdapat empat daerah mencatatkan kes tiga angka dengan Kota Kinabalu melepasi paras angka 300 iaitu 309 kes (+96), diikuti oleh Sandakan 201 kes (-29), Tuaran 150 kes (+37) dan Penampang 108 kes (-5).

"Sejumlah 14 daerah lain mencatatkan kes dua angka, enam daerah dengan satu angka dan cuma tiga daerah tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu," katanya.

Menurutnya, sejumlah 1,276 kes dari 1,285 kes semalam adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat lima kes dalam Kategori 3, tiga kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5.


utusanborneo.com.my/2022/02/06

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2022 07:36 AM | Show all posts
maka, burn la tiket currr meols ke Sabah hujung bulan ni.. RIP money
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.048173 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list