CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

[Sabah] Lelaki hilang di sungai ditemukan meninggal dunia

[Copy link]
Post time 6-2-2022 05:40 PM | Show all posts |Read mode


MANGSA: Mayat mangsa ditemukan sekitar 500 meter dari lokasinya dilaporkan hilang.

PAITAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa keluar membeli barang keperluan dapur akhirnya ditemukan di Sungai Kampung Panindakan Sugut dekat sini.

Mayat mangsa yang berumur 69 tahun itu ditemukan kira-kira jam 11.35 pagi hari ini iaitu 500 meter dari kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa sebelum ini keluar menaiki perahu dan dipercayai hilang di kawasan sungai terbabit.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis di lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan selepas pihak bomba menerima laporan berhubung kehilangan mangsa semalam.

"Isteri mangsa mengadu sejak mangsa keluar rumah ke Kampung Salan Sugut kira-kira jam 8 pagi Jumaat lepas, mangsa tidak pulang ke rumah sehingga keesokan harinya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pihak bomba menjalankan operasi SAR di lokasi kejadian bermula semalam dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.30 petang tadi.


utusanborneo.com.my/2022/02/06

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.302692 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list