KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang membangunkan ladang mega ternakan lembu dengan mengguna pakai objektif dan konsep seperti Pusat Fidlot Nasional (NFC) bagi memenuhi keperluan bekalan daging tempatan dan eksport.
Cadangan itu bagaimanapun bukan untuk menghidupkan atau memulihkan kembali projek fidlot nasional yang terkubur disebabkan pelbagai kontroversi dan dakwaan penyelewengan, sebaliknya ia projek baharu yang bakal diterajui pakar yang juga penggiat sektor berkenaan.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Norlizan Mohd Noor yang memaklumkan perkembangan itu kepada BH, berkata cadangan membangunkan projek ladang mega ternakan lembu itu disasar direalisasikan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) iaitu sebelum 2025.
Katanya, objektif ladang mega lembu yang dirancang ini bukan setakat untuk pasaran daging di Malaysia semata-mata, sebaliknya boleh dipasarkan sehingga ke seluruh Asia Tenggara, Asia Timur dan sampai ke China.
Setakat ini, beliau berkata, sudah ada dua tiga syarikat penternakan lembu berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta JPV dan membentangkan rancangan mereka bagi merealisasikan projek itu.
"Untuk merealisasikan projek ini, ia memerlukan intervensi dari kerajaan pusat dan negeri kerana modalnya besar. Menteri (MAFI, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee) memang suruh kita fikirkan bagaimana nak wujudkan (projek ternakan lembu)... bukan macam NFC (National Fidlot Corporation) tetapi (guna pakai) konsep dan objektif hampir sama.
"(Konsepnya) penternakan secara sistem integrasi dengan adanya konsep vendor utama. Vendor utama ini kita lantik beberapa ladang komersial atau pengusaha yang besar yang boleh menggunakan ladang sendiri atau disewa dengan mewujudkan rantaian vendor di bawah mereka menggunakan konsep 50-50 peratus.
"Memang ada dua tiga syarikat tempatan yang sudah mendekati kementerian dan jabatan, bentangkan macam mana nak aktifkan balik konsep seperti NFC. Saya lihat ini konsep yang baik," katanya.
Mengulas lanjut pertemuannya dengan wakil syarikat yang menyatakan hasrat membangunkan projek penternakan mega itu, Dr Norlizan berkata, selain kos besar, isu dibangkitkan adalah mengenai kawasan sesuai untuk melaksanakan projek terbabit.
NFC yang ditubuhkan pada 2006 bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan sebanyak 40 peratus menjelang 2010, adalah projek berimpak tinggi untuk industri pedaging negara dengan ladangnya di Gemas, Negeri Sembilan.
Pada 2007, kerajaan menandatangani perjanjian dengan NFC bagi pinjaman berjumlah RM250 juta yang mana sebahagian daripadanya digunakan untuk membiayai penubuhan dan operasi projek itu.
Pada 2011, Jabatan Audit Negara dalam laporannya menegur projek NFC kerana gagal mencapai matlamat ditetapkan kerajaan, termasuk gagal menghasilkan 8,000 lembu seperti disasarkan menjelang 2010.
Pembangkang kemudian mendedahkan penyelewengan kewangan di dalam NFC, termasuk didakwa memberikan pinjaman sebanyak RM84 juta kepada syarikat kepunyaan suami Ketua Wanita UMNO dan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat (ketika itu), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Pengerusi NFC, Dr Mohamad Salleh Ismail.
Pembangkang turut mendakwa NFC telah menggunakan dana itu untuk membeli dua kondo mewah di Bangsar, dua lot tanah di Putrajaya, selain kenderaan mewah dan pelaburan di Singapura.
Pada Februari 2107, Mahkamah Majistret Tampin mengeluarkan writ pemilikan dengan memerintahkan NFC mengosongkan premisnya di Gemas.
Pada 2018, Kementerian Kewangan memaklumkan NFC masih mempunyai hutang dengan kerajaan sebanyak lebih daripada RM248 juta, daripada pinjaman ringan RM250 juta.
Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi tempoh sehingga Mei depan kepada Kerajaan Malaysia dan NFC untuk memilih sama ada menyelesaikan kes saman berkaitan hutang itu secara baik atau meneruskan perbicaraan di mahkamah.
Saman itu berhubung tuntutan kerajaan supaya syarikat itu membayar balik pinjaman dan faedah berjumlah RM253.6 juta berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.
Ada Anak, Menantu Cantik & 3 Cucu, TAN SRI SHAHRIZAT Bahagia Lepas Bersara Dari Politik
3-Nov-2020
Sudah agak lama tidak mendengar perkembangan terbaru Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. Selepas mengumumkan persaraan daripada arena politik tanah air pada Jun 2018 lalu,
namanya terus menyepi daripada pengetahuan khalayak. Namun apa yang pasti adalah selepas hampir dua tahun berundur, kehidupan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini tampak lebih ceria dan bermakna di samping keluarga, suami dan cucu tersayang. Alhamdulillah, tumpang bahagia tengok kehidupan Tan Sri Shahrizat hari ini! Mungkin inilah hikmah di sebalik pengunduran beliau.
Mengintai laman media sosial bekas Ketua Wanita UMNO tersebut, Tan Sri Shahrizat dilihat gemar berkongsi rutin harian kepada umum. Antara aktiviti dan gambar yang sering
dimuat naik Tan Sri Shahrizat ialah berkaitan tiga cucu kesayangan iaitu Ayden Shahinur, Eleyna Shahinur dan Ayva Shahinur. Malah, pada 1 Syawal lalu beliau turut tidak ketinggalan menyambut lebaran di samping ibu dan keluarga tersayang.
Selepas bersara dari arena politik, Tan Sri Shahrizat banyak menghabiskan masanya dengan beriadah bersama keluarga di rumah. Selain rajin menghias taman mini di perkarangan rumah, beliau juga rajin melayan ketiga-tiga cucu kesayangan. Malah, tiga cucu beliau cukup teruja mendalami kelas agama yang diadakan di kediaman bekas Menteri ini. Selain belajar solat, mereka turut diajar beberapa amalan doa harian.
Kongsinya, Di antara saat-saat indah dan paling bermakna untuk famili saya dan saya sebagai Maktok kepada 3 cucu ialah melihat mereka begitu minat dengan pembelajaran Agama Islam melalui kelas agama bersama Ustazah Ayesha Badib. Pengenalan agama kepada kanak-kanak amat mustahak kerana ia akan membentuk hati, minda, pemikiran serta sikap mereka terhadap Islam sebagai agama yang dianuti.
Asas agama yang baik dan kukuh (bukan hanya paksaan) amat mustahak. Syukur sangat doa kami dimakbulkan apabila saya lihat cucu-cucu sayang kepada Ustazah Ayesha. Maktok pun sibuk masuk kelas tapi hanya sebagai photographer dan videographer. Seronok juga tengok gelagat mereka.
Mengimbau kembali detik Tan Sri Shahrizat mengumumkan pengunduran dirinya daripada politik, wanita berjiwa kental berusia 66 tahun ini turut melepaskan semua jawatan
dalam peringkat parti, cawangan, bahagian dan pusat. Memetik kenyataan Tan Sri Shahrizat pada dua tahun lepas, beliau yang telah 39 tahun berkecimpung sebagai ahli politik menegaskan, Satu perkara dalam politik ialah kita perlu sedar apabila sudah tiba masa untuk kita mengundurkan diri.
Sudah tiba masa untuk memberi ruang dan peluang kepada orang baharu yang lebih muda, lebih segar (menerajui Wanita UMNO). Saya berada dalam Wanita UMNO, bekerja dengan mereka dan ramai antara mereka yang layak untuk memimpin Wanita UMNO dan saya yakin saya meninggalkan ahli wanita kepada calon yang
Tan Sri Shahrizat mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu dua lelaki
dan seorang perempuan. Ketiga-tiga mereka ialah Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.
Post time 6-2-2022 08:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
rashiman replied at 6-2-2022 07:32 PM
Ada Anak, Menantu Cantik & 3 Cucu, TAN SRI SHAHRIZAT Bahagia Lepas Bersara Dari Politik
3-Nov-2020 ...
Patutla lama tak nampak dah bersara rupanya, perempuan tak giler sgt nak berpolitik mcm yg lelaki2. Selagi tak jadi PM dan masih bernyawa selagi tu la tak abis2.