CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 424|Reply: 2

[Sabah] Pembuat bakakuk ditahan di Kampung Pansong Beaufort

[Copy link]
Post time 5-2-2022 07:53 PM | Show all posts |Read mode


SEMBUNYI: Suspek menunjukkan lokasi senjata api buatan sendiri yang disembunyikan di kawasan semak di Kampung Pansong di sini.



KELENGKAPAN BAKAKUK: Kelengkapan membuat senjata api yang dirampas di kediaman suspek.

BEAUFORT: Seorang lelaki ditahan selepas didapati memiliki selaras senjata buatan sendiri atau ‘bakakuk’ dalam satu serbuan di Kampung Pansong di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata semasa ditahan, polis turut menemukan beberapa peralatan dan kelengkapan membuat senjata api buatan sendiri.

“Bertindak dengan maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort menjalankan serbuan di sebuah rumah tidak bernombor kira-kira jam 2.30 petang Jumaat lalu.

“Semasa ditahan suspek berumur 57 tahun itu mengaku menyimpan senjata api buatan sendiri selain membuat senjata terbabit menggunakan peralatan tertentu,” katanya.

Menurutnya hasil pemeriksaan dan siasatan lanjut kemudiannya menemukan senjata buatan buatan sendiri serta 18 kelengkapan membuat senjata api.

“Suspek kini ditahan dan dibawa ke IPD Beaufort untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/05

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2022 07:55 PM | Show all posts


Foto Polis Beaufort



Foto Polis Beaufort

‘Pakar’ Senjata Api Buatan Sendiri Ditahan Di Beaufort

BEAUFORT: Seorang lelaki yang dipercayai “pakar” membuat senjata api buatan sendiri ditahan dalam serbuan polis di Kampung Pansong, Beaufort, semalam.

Ketua Polis Beaufort Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, operasi dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

Suspek berusia 57 tahun itu ditahan dalam operasi pada 2.30 petang bersama selaras senapang jenis bakakuk dan beberapa lagi peralatan membuat senjata api, yang turut dirampas polis.

“Sejurus ditahan, suspek mengaku menyimpan senjata api dan peralatan membuat senjata api di rumahnya,” kata Yusoff Zaki, menurut laporan Berita Harian.

Suspek dibawa ke IPD Beaufort untuk siasatan lanjut, dan polis akan memohon dia direman mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960, tambahnya.


sabahpost.net/2022/02/05

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2022 05:45 AM | Show all posts
cantik bakakuk
rugilh skill mcm nie di sia2kan...

ptt ambil dia jd pengajar ...mesia pun bleh keluarkan senapang sendiri......bukannya ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.068309 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list