CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Sabah] Hutan di kawasan Kg Terusan terbakar

[Copy link]
Post time 5-2-2022 07:49 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba berusaha memadam kebakaran hutan supaya tidak merebak ke kawasan kampung.

SEMPORNA: Penduduk di Kampung (Kg) Terusan, di sini mengalami detik cemas selepas hutan berhampiran penempatan mereka tiba-tiba terbakar kira-kira jam 8.10 malam pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, Faisal Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.22 malam.

Katanya, susulan itu, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi tujuan operasi pemadaman.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kawasan hutan seluas kira-kira 5 ekar berhampiran kampung berkenaan telah terbakar.

“Pasukan bomba segera melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan alat pemerap api,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, pasukan bomba melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan api terpadam sepenuhnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.40 malam.

“Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dlaporkan berlaku, manakala punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/05

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.347735 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list