CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Sabah] Cubaan enam PTI masuk secara haram gagal, tekong ditahan

[Copy link]
Post time 5-2-2022 07:47 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAPAN: Kesemua PTI yang ditahan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Cubaan enam Pendatang Tanpa Izin (PTI) menyusup masuk secara haram pada waktu tengah malam gagal selepas kehadiran mereka dikesan di Kampung Kurnia Jaya, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.05 tengah malam itu, pasukan keselamatan yang terdiri Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima maklumat mengenai kemasukan PTI di lokasi tersebut.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata susulan itu, pasukan Op Cegah PTI (OCP) Daratan telah melaksanakan rondaan dan pemantauan di sekitar kampung berkenaan.

Katanya, pasukan keselamatan berjaya mengesan sebuah bot laju dipercayai membawa penumpang PTI sedang mendarat di persisir pantai kampung berkenaan.

“Juragan bot sempat menurunkan kesemua penumpangnya sebelum bertindak melarikan diri setelah menyedari kehadiran pasukan keselamatan.

“Pasukan keselamatan berjaya menahan kesemua PTI terbabit bersama seorang lelaki dipercayai tekong darat yang membawa mereka ke destinasi seterusnya,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua PTI terbabit yang terdiri daripada tiga lelaki dewasa, seorang wanita dan dua kanak-kanak berumur 9 hingga 46 tahun mengaku baru tiba dari negara jiran.

“Manakala, tekong darat seorang lelaki warga asing berumur 19 tahun diupah untuk mengambil kesemua PTI terbabit ke destinasi seterusnya.

“Hasil pemeriksaan, kesemua tangkapan termasuk tekong tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka kemudiannya ditahan dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutnya.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal atau berada di Malaysia tanpa permit yang sah,” katanya.

Abdul Karim menzahirkan ucapan tahniah kepada semua anggota yang bertugas iaitu ATB 2, pasukan OCP Daratan, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan IPD Tawau atas kejayaan tersebut.

“Kejayaan ini membuktikan pasukan keselamatan daripada pelbagai agensi sentiasa komited terhadap kawalan keselamatan persempadanan negara.

“Sempadan negara sentiasa dikawal dan ditangani secara serius dalam mengekang jenayah rentas sempadan serta sebarang ancaman keselamatan khasnya di Pantai Timur Sabah.


utusanborneo.com.my/2022/02/05

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.072170 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list