CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 447|Reply: 1

[Kedah] Menabung RM10 sehari selama tiga tahun untuk persediaan kahwin

[Copy link]
Post time 5-2-2022 05:34 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Farhan Samsudin, 25, tular selepas memuat naik video dia mengumpul wang dalam tabung buluh untuk melangsungkan perkahwinan dengan Nurul Hannani Patin, 24. FOTO IZAD THAQIF HASSAN

Kulim: Kerana mahu membuktikan cintanya, seorang lelaki sanggup menyimpan RM10 sehari dalam tabung buluh sejak tiga tahun lalu untuk digunakan sebagai persiapan melangsungkan perkahwinannya.

Muhammad Farhan Samsudin, 25, berkata, dia merahsiakan perkara itu daripada isteri, Nurul Hannani Patin, 24, dan ia hanya diketahui sehari sebelum mereka bertunang pada 2 Februari lalu selepas dia memuat naik video memecah tabung buluh di akaun TikTok miliknya.

Menurutnya, dia mula menyimpan wang dalam tabung buluh selepas Nurul Hannani melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Terengganu.

"Kami bercinta sejak 11 tahun lalu dan sebaik mengetahui isteri melanjutkan pelajaran saya nekad menyimpan wang dalam tabung buluh sebagai persiapan untuk melangsungkan pertunangan sekali gus majlis perkahwinan kami.

"Saya memang tidak sangka video itu akan tular kerana ikutkan hanya mahu membuat ia sebagai kenangan untuk perkahwinan kami sahaja," katanya yang ditemui pada majlis perkahwinan mereka Keda Agro Hi-Tech, dekat sini hari ini.

Muhammad Farhan yang juga seorang guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) itu berkata, dia berjaya mengumpul wang lebih RM9,000 hasil daripada tabungannya sepanjang tiga tahun itu.

"Saya menggunakan RM1,500 sebagai mas kahwin manakala selebihnya digunakan untuk persiapan dan juga selepas perkahwinan kami.

"Idea menyimpan wang dalam tabung buluh ini timbul selepas melihat rakan melakukannya dan ia menjadikan saya lebih berdisiplin kerana jika mahu mengeluarkan wang saya perlu memecah terlebih dahulu tabung terbabit," katanya yang turut menjalankan perniagaan sewa sistem bunyi.

Sementara itu, Nurul Hannani berkata, dia tidak sangka dan terharu apabila menonton video dimuat naik suami yang membuatkannya sebak.

"Saya sendiri tidak tahu suami sanggup menabung kerana mahu memperisterikan saya dan rasa memang cukup terharu dengan komitmen serta kesungguhannya itu.

"Selain itu, kejujuran dan kesetiaan suami sepanjang 11 tahun kami bercinta membuatkan saya amat menghormati dan menghargainya," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2022 06:27 AM | Show all posts
skrg dari 9k tggl bape dh dik?...acik nk tanya tu je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.498096 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list