CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Sabah] Tiada petunjuk, pendaratan warga asing di Long Patau, Tambisan: Jauteh

[Copy link]
Post time 5-2-2022 01:32 PM | Show all posts |Read mode


PERIKSA: Jauteh menjalankan pemeriksaan terhadap salah sebuah kenderaan semasa Ops Selamat 17 sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

KOTA KINABALU: Polis mengesahkan tiada sebarang kemasukan atau pergerakan individu mencurigakan di kawasan perairan Long Patau,  Tambisan setakat ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata hasil siasatan tidak menemukan sebarang petunjuk sepertimana dakwaan berkenaan lebih 10 lelaki bersenjata dipercayai warga Filipina menyusup masuk ke Lahad Datu  melalui perairan Tambisan.

“Bertindak dengan maklumat yang diterima pihak Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), pihak keselamatan Sabah termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi keselamatan lain menjalankan siasatan dan risikan terperinci berkenaan dakwaan ini.

“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang petunjuk serta bukti kukuh yang menunjukkan wujudnya kehadiran atau pendaratan individu yang didakwa itu di sekitar kawasan Long Patau Tambisan,” katanya pada sidang media semasa Ops Selamat 17 sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Jalan Putatan-Kota Kinabalu berhampiran Kampung Meruntum Putatan semalam.

Bercakap lanjut berkenaan dakwaan itu, Jauteh berkata walaupun pihaknya tidak mengesan sebarang kehadiran penjenayah rentas sempadan itu, pasukan keselamatan bagaimanapun tidak memandang ringan dakwaan serta maklumat yang diterima.

“Kita masih meneruskan risikan dan siasatan bagi mengenalpasti sejauh mana maklumat yang diterima itu adalah sahih atau sebaliknya.

“Pasukan keselamatan Sabah sentiasa bersiap siaga sepertimana sebelum ini bagi mengatasi apa sahaja bentuk ancaman yang menganggu kedaulatan serta keamanan negara,” katanya

Sebelum ini terdapat pihak yang mendakwa melihat lebih 10 individu mencurigakan berpakaian celoreng serta bersenjata masuk ke Sabah melalui perairan Long Patau, Tambisan minggu lalu.

Sumber itu juga mendakwa kesemua individu itu dipercayai warga Filipina berdasarkan perbualan menggunakan bahasa Suluk.

Dalam pada itu dalam perkembangan sama Jauteh mengesahkan masih tiada sebarang perkembangan termasuk tangkapan susulan berkenaan kumpulan ajaran sesat ‘Wali Tujuh’ membabitkan tiga Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang ditahan di Kinabatangan baru-baru ini.

“Setakat ini kertas siasatan sudah disiapkan dan sebarang maklumat baharu akan diketahui dalam masa terdekat sama ada Isnin atau Selasa depan,” katanya.

Terdahulu ketiga-tiga suspek ditahan pasukan ESSCOM selepas dikesan bergiat aktifi sejak tiga bulan lalu dengan diketuai seorang guru dan  dibantu dua individu.

Kumpulan ini dipercayai membawa ajaran ilmu batin dan kebal yang sudah berkembang pantas serta menarik minat 20 pengikut yang terdiri daripada pekerja ladang warga asing sekitar Kinabatangan dan Lahad Datu.


utusanborneo.com.my/2022/02/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.534258 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list