CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 1

[Kedah] Dijemput ajal ketika baca al-Quran

[Copy link]
Post time 5-2-2022 11:23 AM | Show all posts |Read mode

Lelaki ditemukan meninggal dunia ketika membaca al-Quran selepas solat Subuh di Masjid Nurul Hasanah Bukit Kechil Simpor, Tikam Batu, hari ini. FOTO ihsan pembaca.

Sungai Petani: Lelaki berusia 54 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di ruang solat Masjid Nurul Hasanah Bukit Kechil Simpor, Tikam Batu, di sini, hari ini.

Terdahulu, saksi kejadian yang juga kakitangan masjid memaklumkan, mangsa sedang membaca al-Quran sebelum dilihat terbaring tidak sedarkan diri.

Kakitangan masjid terbabit kemudiannya memaklumkan kepada seorang guru yang juga abang iparnya mangsa sebelum pemeriksaan mendapati dia sudah tidak bernyawa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, abang ipar mangsa kemudian menghubungi ambulans dan pegawai kesihatan yang melakukan pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

"Anggota Balai Polis Tikam Batu yang menerima laporan jam 9.50 pagi bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati jenazah berada atas lantai ruang solat masjid terbabit.

"Hasil siasatan lanjut, saksi memberitahu arwah sebelum itu dilihat duduk di belakang sambil membaca al-Quran selepas selesai solat Subuh," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, bagaimanapun saksi mendakwa arwah dilihat terbaring dan tidak sedarkan diri tidak lama kemudian sebelum dia memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga arwah.

"Hasil temubual dan siasatan lanjut, isteri arwah mendakwa suaminya mempunyai penyakit darah tinggi namun tidak menjalani rawatan di hospital dan hanya makan ubat yang dibeli di farmasi.

"Pemeriksaan pada tubuh badan mendapati tiada kesan luka atau lebam serta sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat yang akan dijalankan selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperoleh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2022 12:38 PM | Show all posts
al-fatihah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.055188 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list