CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 0

[Sabah] UTK bertindak balas sekiranya terdapat ancaman di Pantai Timur Sabah – Timbalan Ketua Polis Negara

[Copy link]
Post time 4-2-2022 08:19 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Pasukan Unit Tindakhas (UTK) yang akan ditempatkan di pantai timur Sabah akan menjadi pasukan respons pertama untuk bertindak balas sekiranya terdapat ancaman besar, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata pasukan itu akan menentukan tahap keselamatan dan ketenteraman awam di pantai timur negeri berkenaan.

“Kami hanya menambah bilangan keanggotaan di sana (pantai timur Sabah) dan peranan mereka (UTK) berbeza dengan PGA (Pasukan Gerakan Am) yang menjaga sempadan.

“Ia antaranya untuk memastikan tiada kes penculikan berlaku dan mempertingkatkan kawalan keselamatan,” katanya pada majlis Pride of Workmanship Award, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai penempatan pasukan UTK bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf. -BERNAMA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.100442 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list