CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Sabah] PICKids : 251 PPV Disediakan Di Sabah Untuk Vaksin Kanak-Kanak

[Copy link]
Post time 4-2-2022 08:03 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU : Pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerusi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) dilaksanakan secara serentak seluruh negara bermula hari ini.

Menjelang pelaksanaan PICKids bermula pagi tadi, jumlah kanak-kanak dalam lingkungan umur itu yang mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 sudah mencecah 517,107 orang yang direkodkan sehingga Selasa.

Data itu dikongsikan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam ciapan di Twitter pada Rabu.

Beliau memaklumkan bagi kawasan Lembah Klang, kira-kira 47,500 kanak-kanak di Kuala Lumpur, lebih 3,400 di Putrajaya dan lebih 131,500 di Selangor telah mendaftar dalam PICKids.

Bagi negeri Sabah, vaksin untuk kanak-kanak itu disediakan di 251 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terdiri daripada hospital dan klinik kerajaan serta swasta yang disediakan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) di seluruh negeri.

Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) bagi melaksanakan pemberian vaksin di sekolah sekiranya ada sekolah yang memohon.

“Semua itu adalah mengikut permintaan contohnya sekolah swasta yang ingin kami (JKNS) datang memberi vaksin ke sekolah mereka, kami bersedia,” katanya ketika dipetik Astro Awani disini hari ini.

Dr Rose Nani berkata, mana-mana ibu bapa yang belum mendaftar anak masing-masing diingatkan tidak perlu bimbang kerana mereka boleh datang secara terus ke hospital atau klinik berhampiran untuk mendapatkan vaksin.

“Pendekatan kami sekiranya ibu bapa datang ke mana-mana PPV yang tersenarai di laman web JKNS, mereka boleh mendapatkan vaksin untuk anak-anak mereka walaupun tanpa temu janji,” katanya.

Sementara itu, Dr Rose Nani berkata, latihan dan pengendalian cara pemberian vaksin kepada kanak-kanak sebagai persiapan turut diberikan kepada semua pihak terlibat.

Katanya, bekalan vaksin jenis Pfizer untuk kanak-kanak di Sabah ketika ini adalah mencukupi.

“Kami memberi latihan kepada semua anggota terlibat dalam PPV ini bagaimana cara pemberian vaksin kepada kanak-kanak melalui dalam talian.

“Ia adalah untuk persiapan supaya mereka tahu dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya. -SM


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.059380 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list