CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Sabah] Belalai air di kawasan bagang Kampung Rosob Pitas

[Copy link]
Post time 4-2-2022 07:52 PM | Show all posts |Read mode


BELALAI AIR: Keadaan belalai air yang berlaku di kawasan Kampung Rosob Pitas di sini.

KOTA MARUDU: Penduduk di kawasan Kampung Rosob Pitas di sini gempar selepas menyaksikan fenomena belalai air yang melanda kawasan bagang berhampiran perkampungan terbabit.

Kejadian itu berlaku ketika cuaca panas kira-kira jam 11.30 pagi dan fenomena terbabit dikatakan berlaku dalam tempoh kira-kira 10 minit.

Belali air itu kemudiannya memusnahkan salah satu bagang milik penduduk kampung.

Menurut salah seorang penduduk kampung Muhaizah Mohamad berkata beliau terkejut sebaik menyedari berlakunya kejadian belalai air di kawasan bagang yang terletak tidak jauh dari kawasan pantai.

“Saya segera mengemaskan dokumen penting kerana bimbang belalai air itu akan menghala ke kawasan perumahan berikutan ianya makin jelas kelihatan dan saiznya yang semakin membesar,” katanya.

Katanya mujurlah kejadian itu berlaku dalam tempoh yang tidak lama bagaimanapun sebuah bagang milik jirannya musnah akibat fenomena itu.

Beliau bagaimanapun hairan dengan fenomema terbabit berikutan keadaan cuaca ketika kejadian adalah panas dan cerah.

“Tiada tanda-tanda hujan atau mendung mahupun ribut dan ianya berlaku secara tiba-tiba sahaja. Saya harapkan kejadian seumpama tidak berlaku lagi pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kawasan Kudat dan Pitas sehingga 2 petang.

MetMalaysia menyatakan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Sementara itu amaran hujan berterusan pada tahap waspada turut dikeluaran di Kudat bermula Sabtu ini.

Amaran sehingga Ahad depan itu turut diberikan di kawasan Sandakan termasuklah Telupid, Kinabatangan dan Beluran dan Kudat.

“Amaran Hujan Berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang dan dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.081354 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list