CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

[Sabah] Dua pemandu pacuan empat roda cedera akibat kemalangan

[Copy link]
Post time 4-2-2022 08:27 AM | Show all posts |Read mode


ROSAK: Salah satu pacuan empat roda yang terlibat mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

SEMPORNA: Dua lelaki mengalami kecederaan selepas masing-masing kereta pacuan empat roda yang mereka pandu bertembung di jalan Hospital, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Edoen Macheal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.51 petang.

“Susulan itu, dua anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat dua kenderaan pacuan empat roda mengalami kerosakan di bahagian hadapan akibat bertembung,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, kedua-dua pemandu berkenaan telah keluar sendiri dari kereta mereka sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa didapati mengalami kecederaan dan mereka kemudiannya dihantar ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan kira-kira jam 2.09 petang,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.049621 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list