CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 03/02/2022

[Copy link]
Post time 3-2-2022 11:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 3-2-2022 03:40 PM



Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 476 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 249,531 kes. Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 260 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 239,992 orang. Manakala 1,004 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 458 orang di hospital, 538 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan lapan ( orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 20 orang merangkumi 17 di ICU/repurposed kritikal care serta tiga (3) di open ward (HDW/kubikel akut) dan empat (4) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 14 (20.90%)

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a Kes harian kembali meningkat hari ini setelah turun 44 semalam. Jumlah kes baharu ialah 476 kes, penambahan 30 kes berbanding jumlah semalam.

b Bilangan daerah yang mencatatkan kes dua (2) angka meningkat kepada 12 daerah hari ini berbanding 11 daerah kelmarin. Cuma tiga (3) daerah yang tidak melaporkan sebarang kes jangkitan baharu.

c Daerah Sandakan mencatatkan jumlah kes baharu yang tertinggi di Sabah dengan 93 kes (+26). Antara daerah-daerah lain yang mencatatkan kes positif baharu yang tinggi ialah Kota Kinabalu 77 kes (-10), Penampang 71 kes (+26), Tuaran 44 kes (-5), Tawau 32 kes (-10) dan Ranau 22 kes (-1).

d Jumlah kes baharu yang berpunca daripada Saringan Bergejala, iaitu dalam kalangan mereka yang simptomatik kekal tinggi iaitu 232 orang daripada jumlah keseluruhan 476 pesakit hari ini. Angka ini merupakan 48.7% daripada jumlah keseluruhan dan lebih tinggi daripada jumlah kes baharu di kalangan kontak rapat yang cuma 39.7%.

e Di Sandakan, 58 daripada 93 kes baharu (62.3%) datang daripada Saringan Bergejala, 33 daripada 77 kes (42.8%) di Kota Kinabalu dan 42 daripada 71 kes (59.1%) di Penampang. Sebanyak 20 kes baharu datang daripada tujuh (7) kluster.

f Sebanyak 469 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, empat (4) kes dalam Kategori 3, dua (2) kes dalam Kategori 4 dan satu (1) kes dalam Kategori 5.

g Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (189) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.056370 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list