CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Sabah] 3 Termasuk Kanak-Kanak Parah Kereta Terbabas

[Copy link]
Post time 3-2-2022 03:21 PM | Show all posts |Read mode


Foto BOMBA

BEAUFORT: Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak cedera parah setelah kenderaan dinaiki terbabas sendiri di bahu jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Brunei Membakut, Jalan Bandau Kuala Penyu, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis Jaffar Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu kira-kira jam 9.27 malam dan sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang berada pada jarak 20 kilometer dari balai.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian didapati terdapat tiga mangsa terlibat dan sudah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Semua mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun dihantar ke Hospital Beaufort menggunakan ambulans sebelum ketibaan EMRS.

Selepas memastikan tiada bahaya lain yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 10.51 malam.


sabahpost.net/2022/02/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.046881 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list