CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Sabah] Penganggur tunggang motosikal tanpa topi keledar, tiada lesen didenda

[Copy link]
Post time 3-2-2022 03:12 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Padah menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen, seorang penganggur didenda RM800 atau 14 hari penjara oleh Mahkamah Majistret.
   
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes dan juga mengambil kira berat kesalahan yang dilakukannya.
   
Erickson Mensan Michael, 21, dari Taman Tunku di sini telah didakwa mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333/87).
   
Jika sabit kesalahan, boleh didienda tidak melebihi RM2,000 atau enam bulan penjara.
   
Menurut keterangan kes, tertuduh sebagai penunggang sebuah motosikal, didapati telah menunggang motosikalnya itu di atas jalan raya tanpa memakai topi keledar di kepala yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (Topi Keledar Keselamatan) 1973.
   
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7.18 petang, 12 Jun 2021 di Balai Polis Trafik Miri.
   
Selain itu, tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 26 (1) APJ 1987 dan dihukum di bawah Seksyen 26 (2) akta sama kerana kesalahan menunggang motosikal tanpa mempunyai lesen yang membenarkan dia menunggang motosikalnya di atas jalan raya.
   
Seksyen 26 (2) memperuntukkan denda tidak kurang dari RM300 dan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tiga bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
   
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada masa dan di tempat yang sama.
   
Bagi kesalahan pertama dan kedua, tertuduh telah didenda masing-masing RM400 atau tujuh hari penjara.
   
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman.



utusanborneo.com.my/2022/02/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.050521 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list