CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 2

[Sabah] Covid-19 02/02/2022

[Copy link]
Post time 2-2-2022 07:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 2-2-2022 02:28 PM



Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 446 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 249,055 kes. Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 150 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 239,732 orang. Manakala 951 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 424 orang di hospital, 512 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 15 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 17 orang merangkumi 15 di ICU/repurposed kritikal care serta dua (2) di open ward (HDW/kubikel akut) dan empat (4) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 14 (21.54%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Jumlah kes harian kekal tinggi dengan 446 kes baharu hari ini, penurunan 44 kes berbanding angka kelmarin. Tidak ada Kluster baharu hari ini tetapi 23 kes datang daripada tujuh (7) Kluster yang aktif.

b. Jumlah daerah yang mencatat kes baharu dua (2) angka kekal 11 dengan beberapa daerah merekodkan angka yang tinggi. Kota Kinabalu kembali menjadi penyumbang utama kes baharu di Sabah dengan 87 kes, bertambah 26 kes daripada jumlah semalam. Antara daerah-daerah lain yang mencatat kes baharu yang tinggi ialah Sandakan 67 kes (-74), Tuaran 49 kes (-1), Penampang 45 kes (-9), Tawau 42 kes (+16), Papar 29 kes (+15) dan Ranau 23 kes (+5).

c. Kewujudan virus COVID-19 ditengah- tengah masyarakat memudahkan jangkitan kepada lebih ramai orang secara sporadik. Mereka hanya menyedari telah dijangkiti virus COVID-19 apabila mengalami simptom atau gejala jangkitan. Hari ini 217 orang atau hampir 49% kes positif datang daripada mereka melalui Saringan Bergejala.

d. Ini adalah satu jumlah yang tinggi dan membimbangkan kerana lebih sukar mengekang perebakan dan penularan COVID-19 apabila virus itu berada secara meluas di dalam komuniti. Kita tidak mengenali kes indeks bagi memudahkan ‘contact tracing’ dan mengenalpasti mereka yang berkemungkinan telah menjadi pembawa virus.

e. Sebanyak 440 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, empat (4) kes dalam Kategori 3 dan dua (2) kes dalam Kategori 4. Tidak ada pesakit dalam Kategori 5.

f. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (175) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2022 09:04 PM | Show all posts
MRSM Tun Mustapha catat kluster pendidikan ke-13 di Sabah


KOTA KINABALU: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Mustapha di Tawau menjadi kluster pendidikan COVID-19 ke-13 di Sabah.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata kes indeks bagi Kluster Jalan Apas Batu Lima ini adalah seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang dikesan positif melalui Saringan Bergejala pada 26 Januari lalu.

“Hasil saringan kontak rapat dalam kalangan rakan sebilik, rakan sekelas dan rakan karib merekodkan 11 orang positif dan pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan yang sesuai.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, pelajar lain yang menjadi kontak rapat juga diarah untuk diasingkan walaupun setakat ini saringan tidak menunjukkan mereka dijangkiti,” katanya.

Masidi berkata Sabah kini mencatatkan 19 kluster aktif di seluruh negeri dengan 13 daripadanya adalah kluster institusi pendidikan.

Dalam pada itu Masidi berkata jumlah kes harian melonjak naik mencecah 490 kes dengan peningkatan sebanyak 123 kes berbanding hari sebelumnya.

“Sandakan mencatatkan kes yang tertinggi sebanyak 141 kes yang dipengaruhi oleh jumlah kes bergejala yang tinggi iaitu 93 kes dan menandakan jangkitan ini sudah menjangkiti  dalam komuniti.

“Jumlah kes baharu melalui saringan simptomatik atau bergejala adalah antara yang tertinggi pernah direkodkan iaitu 251 kes atau 51.22 peratus daripada jumlah keseluruhan jangkitan baharu Sabah,” katanya.

Menurutnya beberapa daerah lain yang mencatatkan jangkitan baharu yang tinggi ialah Kota Kinabalu dengan 61 kes, Penampang 54 kes dan Tuaran 50 kes.

Katanya 11 daerah merekodkan kes pada dua angka 11 lagi mencatatkan kes satu angka dan empat daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu.


utusanborneo.com.my/2022/02/02

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2022 10:26 PM | Show all posts
Sabah Catat Kes Tertinggi Dikesan Menerusi Saringan Bergejala

KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan 251 kes COVID-19 yang dikesan melalui saringan bergejala, iaitu antara tertinggi pernah direkodkan daripada jumlah keseluruhan jangkitan baharu, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata jumlah tersebut adalah  51.22 peratus daripada 490 kes baharu yang direkodkan di negeri itu hari ini.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata Sandakan menjadi daerah mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 141 kes dengan  93 kes dikesan menerusi saringan bergejala.

“Ini (kes tinggi saringan bergejala) menandakan bahawa jangkitan ini sudah menyusup jauh dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Sementara itu, Masidi berkata Sabah terus merekodkan tambahan kluster institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Apas Batu Lima di Tawau, melibatkan 12 kes kumulatif setakat ini.

Beliau berkata bagi Kluster Jalan Apas, kes indeks adalah seorang pelajar perempuan tingkatan 5 yang dikesan positif melalui saringan bergejala pada 26 Jan lepas, dengan semua kontak rapat tidak bergejala diperintah menjalani kuarantin.

Dalam pada itu, Masidi berkata jumlah kes yang direkodkan hari ini menunjukkan peningkatan tinggi berbanding 367 kes dicatat semalam, manakala 252 pesakit sembuh dan 825 pesakit masih dirawat. – BERNAMA


sabahpost.net/2022/02/02

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.087965 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list