CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 397|Reply: 0

[Kedah] Bomba padam kebakaran belukar 5 hektar

[Copy link]
Post time 2-2-2022 03:43 PM | Show all posts |Read mode

Kebakaran kawasan belukar di belakang wad psikiatrik bersebelahan BBP Alor Setar. - Foto Bomba

ALOR SETAR: Tindakan pantas bomba dapat mengawal kebakaran kawasan belukar berkeluasan lima hektar di belakang wad psikiatrik Hospital Lama Alor Setar sekali gus mengelak kebakaran lebih besar, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran pada jam 8.19 malam.

Anggota dari BBP Alor Setar yang tiba di lokasi tidak lama kemudian berusaha memadam api yang semakin merebak.

"Operasi disertai 17 anggota bersama tiga jentera dari BBP Alor Setar dan dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Taman Mutiara, PBS Alor Mengkudu, PBS Seberang Nyonya, PBS Simpang, PBS Kilang Tebu dan PBS Kuala Kedah.

"Kebakaran membabitkan belukar berhampiran Hospital Lama Alor Setar dan bersebelahan BBP Alor Setar dan anggaran keluasan kebakaran adalah lima hektar.

"Api dapat dikawal pada jam 9.33 malam dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu," katanya.

Selain itu, kebakaran itu turut menyebabkan kepulan asap menyebabkan pengguna jalan raya berhenti untuk melihat kebakaran besar itu berlaku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.053892 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list