CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

[Kedah] Jom tengok jerami gulung Kampung Kuala Dulang Kechil

[Copy link]
Post time 2-2-2022 01:29 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN pengunjung bersantai dan bergambar bersama keluarga dengan dengan pemandangan indah jerami gulung berlatarbelakangkan Gunung Jerai di Kampung Dulang Kechil, Yan. FOTO Luqman Hakim Zubir

Yan: Biarpun tiada lagi pemandangan hijau kuning sawah selepas musim menuai padi, namun penduduk di daerah ini kini 'disajikan' pula dengan keindahan jerami gulung pada musim kemarau.

Hasil kreativiti penduduk Kampung Kuala Dulang Kechil (KKDK) di sini, ia kini menjadi tarikan baharu penduduk di negeri ini untuk berkunjung ke situ selepas pelbagai reka bentuk jerami dihasilkan sejak minggu lalu.

Wakil penduduk, Senawi Pangeran, 50, berkata, 40 penduduk kampung termasuk belia terbabit dalam mereka bentuk 30 bongkah jerami yang dibeli daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

Katanya, setiap gulung jerami dibeli pada harga RM80 dan disusun di dalam sawah selain diurai untuk dijadikan bentuk tertentu.

Ia bagi menarik kehadiran pelancong ke kampung berkenaan.

"Ada dalam kalangan penduduk memberi sumbangan untuk memastikan kampung ini mempunyai tarikan tersendiri pada musim kemarau.

"Kali pertama aktiviti ini dijalankan ialah pada Februari 2020 namun akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami tangguhkan aktiviti ini. Alhamdulillah, ia kini dapat dijalankan semula," katanya.

Menurut Senawi, selepas siap disusun menggunakan jentolak selain direka kepada beberapa bentuk seperti hati, ia mula tular dan mendapat perhatian daripada pengunjung seluruh negara.

Katanya, penduduk kampung diberi peluang untuk membuka gerai makan dan minuman di tepi jalan berhampiran sawah selain parkir yang luas turut disediakan untuk pengunjung.

"Ia sekali gus dapat meningkatkan pendapatan penduduk yang sebahagian besarnya adalah anak pesawah,.

"Selepas siap Jumaat lalu, jumlah pengunjung meningkat kepada lebih 200 orang sehari, terutama pada waktu petang.

"Kami jangka, ia akan terus meningkat kerana penduduk turut bercadang untuk menambah jerami gulung," katanya.

Sementara itu, pengunjung dari Perlis, Syalqi Fikri, 26, berkata, selepas jerami gulung di KKDK tular di media sosial, dia mengajak rakan untuk ke kampung berkenaan bagi mengabadikan kenangan.

Katanya, walaupun Perlis turut mempunyai sawah yang luas, namun pemandangan jerami gulung masih belum dapat dilihat di negeri itu.

"Seronok dan berbaloi juga datang ke sini, saya dapat bergambar di sini dengan berlatar belakangkan Gunung Jerai, ia sangat cantik dan pastinya pemandangan ini tidak dapat diperoleh di tempat lain," katanya.

Nabila Zakaria, 27, dari Alor Setar pula mengatakan yang dia teruja dapat menikmati keindahan jerami gulung di depan mata sendiri selepas hanya melihatnya di media sosial sebelum ini.

"Saya rasa kanak-kanak paling gembira kerana mereka boleh naik ke atas jerami ini.

"Saya harap penduduk kampung dapat sediakan tangga supaya golongan wanita juga dapat naik ke atas jerami," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.057456 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list