CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 01/02/2022

[Copy link]
Post time 1-2-2022 10:51 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 490 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 248,609 kes. Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.

Bilangan pesakit COVID-19
sembuh ialah 252 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 239,582 orang. Manakala 825 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 394 orang di hospital, 418 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 15 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 18 orang merangkumi 16 di ICU/repurposed kritikal care serta dua (2) di open ward (HDW/kubikel akut) dan enam (6) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 11 (17.19%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Selamat menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Harimau bermula dengan lonjakan
tinggi jumlah kes harian. Hari ini, jumlah kes baharu ialah 490 kes, 123 lebih tinggi daripada semalam.

b. Daerah Sandakan mencatatkan kes yang tertinggi dengan 141 kes, peningkatan sebanyak 67 kes berbanding semalam. Peningkatan jumlah kes baharu yang banyak di Sandakan dipengaruhi oleh jumlah Kes Bergejala yang tinggi iaitu 93
kes. Ini menandakan bahawa jangkitan ini sudah menyusup jauh dalam komuniti.

c. Jumlah kes baharu melalui saringan simptomatik atau bergejala hari ini adalah
antara yang tertinggi pernah direkodkan iaitu 251 kes atau 51.22% daripada jumlah keseluruhan jangkitan baharu Negeri Sabah.

d. Daerah-daerah lain yang mencatatkan jangkitan baharu yang tinggi ialah Kota
Kinabalu dengan 61 (-23) kes, Penampang 54 (+37) kes dan Tuaran 50 kes (jumlah sama dengan sebelumnya). Jumlah daerah yang merekodkan kes pada dua (2) angka ialah 11 daerah, 11 daerah mencatatkan kes satu (1) angka dan
empat (4) daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

e. Sehingga kini, terdapat 19 kluster aktif di Sabah dengan 13 daripadanya adalah kluster institusi pendidikan.

f. Satu (1) lagi kluster institusi pendidikan diisytiharkan di Tawau yang melibatkan asrama MRSM Tun Mustapha, Tawau. Kluster ini dikenali sebagai Kluster Jalan
Apas Batu Lima. Kes indeks merupakan seorang pelajar perempuan, tingkatan 5
berumur 18 tahun yang dikesan positif melalui Saringan Bergejala pada 26 Januari 2022. Saringan Kontak Rapat di kalangan rakan sebilik, rakan sekelas dan rakan karib telah dibuat dan mendapati seramai 11 orang lagi positif.
Kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan yang sesuai.

g. Sebagai langkah berjaga-jaga, pelajar-pelajar lain yang merupakan kontak rapat
juga telah diarah untuk diasingkan walaupun setakat ini saringan tidak menunjukkan mereka dijangkiti. Punca penularan masih lagi dalam siasatan dan penilaian JKNS.

h. Sejumlah 482 daripada 490 kes di Negeri Sabah adalah dalam Kategori 1 dan 2, manakala terdapat empat (4) kes dalam Kategori 3, tiga (3) kes dalam Kategori 4 dan satu (1) kes dalam Kategori 5.

i. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (200) kes daripada
Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun
pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Jalan Apas Batu Lima - Tawau adalah kluster jenis institusi pendidikan yang
melibatkan pelajar-pelajar asrama di MRSM Tun Mustapha. Kes indeks merupakan perempuan, 18, pelajar Tingkatan 5, yang dikesan melalui saringan bergejala pada 26 Januari 2022. Saringan terhadap kontak rapat yang terdiri daripada rakan sebilik, rakan sekelas dan kawan karib mendapati pertambahan 11 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 12 kes. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin. Siasatan punca penularan masih lagi dijalankan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.064086 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list