CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Sabah] Empat rumah teres terbakar di Sibu

[Copy link]
Post time 1-2-2022 07:13 PM | Show all posts |Read mode


Bomba berusaha memadamkan kebakaran, hari ini.

SIBU: Empat rumah teres dan lima buah kenderaan terbakar dalam satu kejadian di Jalan Permai Jaya, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Abdul Mutalif Ja'afar berkata, pihaknya telah bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan itu pada jam 1.13 pagi.

"Setiba pasukan BBP Sungai Merah di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah kereta di salah sebuah rumah teres terbabit merebak ke tiga buah rumah bersebelah di deretan yang sama," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kebakaran tersebut turut mengakibatkan tiga buah kereta dan dua buah motosikal terbakar 100 peratus.

Menurutnya, kebakaran yang berlaku sekitar jam 1 pagi itu dipercayai bermula daripada sebuah kereta yang terbakar di tempat letak kereta di alamat 4i Jalan Permai Jaya.

Terdahulu, katanya beberapa orang jiran cuba membantu memadamkan kereta pertama yang terbakar menggunakan alat pemadam api namun gagal.

"Api yang semakin marak telah merebak dan memusnahkan tiga buah rumah bersebelahan," jelas Abdul Mutalif.

Akibat itu, kebakaran telah menyebabkan rumah yang didiami empat penghuni lelaki dan wanita, 70 peratus musnah manakala satu lagi dihuni tiga lelaki dan dua wanita mengalami kerosakan 30 peratus.

Dua lagi rumah hanya mengalami kerosakan antara 5 hingga 10 peratus.

Seramai 25 penghuni yang mendiami empat rumah berkenaan terjejas namun kesemua mereka selamat selepas sempat keluar dari rumah ketika kebakaran bermula,” katanya.

Pasukan bomba mengambil masa satu jam untuk mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 2.05 pagi.

Seramai 16 anggota bomba dari Balai Sungai Merah dan 12 lagi anggota bomba dari Balai Sentral Sibu terlibat dalam pemadaman tersebut.
Operasi pemadaman tamat pada jam 3.52 pagi.

Punca sebenar dan anggaran kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan pihak Forensik Bomba.


utusanborneo.com.my/2022/02/01

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.412800 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list