CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Sabah] Lagi 14 PATI ditahan cuba menyusup masuk Tawau

[Copy link]
Post time 1-2-2022 07:08 PM | Show all posts |Read mode


TAWAU: Cubaan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menyusup masuk perairan Sabah digagalkan setelah kesemua mereka ditahan semasa bersembunyi di sebuah rumah kosong, di Kampung Kurnia Jaya, semalam.

Itu adalah tangkapan kedua dilakukan di lokasi sama dalam tempoh dua hari dan semasa tangkapan pertama, lima PATI ditahan. Malah, ini adalah tangkapan kelima dilakukan ATB 2 sejak awal Januari lalu.

Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, tangkapan itu dilakukan oleh anggota Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) semasa melakukan rondaan Op Benteng Bersama.

Beliau berkata, pergerakan masuk bot dinaiki kesemua PATI dikesan melalui radar pemantauan pesisir pantai (CSS) pada pukul 7.38 malam dan Pasukan Tindak Balas Pantas (QRF) diarahkan untuk melakukan tinjauan di kawasan kampung tersebut.

Serbuan di sebuah rumah kosong berjaya membawa kepada tangkapan 14 PATI warga Indonesia berusia antara dua hingga 48 tahun.

Sementara itu, bot yang membawa kesemua PATI gagal dikesan oleh pasukan QRF dan dipercayai bersembunyi di kawasan perkampungan rumah atas air.

Tangkapan itu dimaklumkan kepada Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) ATB 2 dan seterusnya dilaporkan kepada Pusat Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) untuk mendapatkan bantuan bagi melancarkan proses tangkapan.

“Pemeriksaan awal terhadap 14 PATI berkenaan mendapati mereka adalah warganegara Indonesia dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Mereka cuba memasuki Malaysia secara haram melalui perairan Tawau dengan bantuan ejen daripada Pulau Sebatik, Indinesia dan seterusnya akan disambut oleh ejen di Tawau sebelum dihantar ke destinasi yang ditetapkan.

Kesemua PATI ditahan bersama barang persendirian dan tiada penemuan barang-barang terlarang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua PATI dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) bagi menjalani proses saringan Covid-19 serta tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63.

Jelas beliau, ATB 2 sentiasa komited dan berada pada kesiapsiagaan operasi yang tertinggi dalam memperkasa dan memperkemaskan kawalan keselamatan di sempadan negara, khasnya di pantai timur Sabah


sabahmedia.com/2022/02/01
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.062766 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list