CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 374|Reply: 1

[Sabah] Kurangkan birokrasi, segerakan pelaksanaan: Mohamad

[Copy link]
Post time 31-1-2022 09:33 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Mohamad (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama warga pendidik SK Tahak sempena lawatannya ke sekolah itu.

MEMBAKUT: Sekolah-sekolah daif di negeri ini yang telah diluluskan untuk gantian penuh bangunan sekolah perlu disegerakan pelaksanaannya, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin.

Untuk negeri Sabah katanya, banyak sekolah daif yang telah diluluskan oleh kerajaan namun pelaksanaannya sedikit perlahan ekoran karenah birokrasi yang seharusnya dipercepatkan dan bukan sebaliknya.

Justeru beliau meminta supaya perkara berkenaan dibincangkan bersama bagi memastikan pelaksanaan gantian penuh bangunan sekolah dapat disegerakan agar dapat menangani isu sekolah daif.

"Banyak sekolah-sekolah daif di negeri Sabah yang sudah diluluskan peruntukannya oleh kerajaan tetapi pelaksanaannya agak lambat. Kita mahu pelaksanaanya disegerakan.

"Dalam siri lawatan kerja saya, saya sering tekankan agar pelaksanaannya dipercepatkan. Kurangkan karenah birokrasi. Bincang bagaimana untuk mempercepatkan perkara ini kerana jika dilengahkan, masalah ini tidak akan selesai, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke sekolah-sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut, petang Isnin.


BINCANG: Mohamad berkata sesuatu semasa meninjau ke Sekolah Menengah St Patrick Membakut.

Dalam perkembangan sama, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kimanis memberitahu, sekolah-sekolah yang memerlukan penyelenggaraan juga akan diberikan perhatian untuk disegerakan.

Jelas beliau, pihaknya akan melihat keperluan dari masa ke semasa sekolah-sekolah yang tersenarai untuk diselenggara sama ada ianya memerlukan penyelenggaraan atau gantian penuh.

"Sebagai contoh dua blok Sekolah Kebangsaan (SK) Pengiran Jaya Pimping yang saya lawati hari ini memerlukan pembaikan bumbung, justeru saya telah meluluskannya bagi menggantikan bumbung lama yang sudah uzur dan usang. Semoga perkara ini dapat dipercepatkan.

Antara sekolah-sekolah yang dilawati Mohamad dalam rangka lawatan kerja di DUN Membakut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut II; SK Saga-Saga: SK Kampung Brunei; SK Bandau; SMK Membakut; SM St. Patrick; SK Tahak dan SK Lumat.


utusanborneo.com.my/2022/01/31
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2022 11:23 AM | Show all posts
sebut birokrasi...dah korang juga yg  buat SOPnya...nie semua halwa telinga jaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.161594 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list