CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 313|Reply: 0

[Sabah] Sim Fui santuni warga emas

[Copy link]
Post time 31-1-2022 09:28 PM | Show all posts |Read mode


PRIHATIN: Sim Fui (kanan) dengan berpakaian Dewa Kekayaan menyampaikan angpow kepada seorang warga emas.

KOTA KINABALU: Sempena dengan Tahun Baharu Cina 2022, Naib Pengerusi Parti Liberal Demokratik (LDP) Sim Fui telah berkunjung ke Grace Old Folks Home Likas bagi memberikan keriangan kepada para penghuninya.

Dengan berpakaian sebagai Dewa Kekayaan, Sim Fui turut mengedarkan angpau dan hadiah-hadiah kepada warga emas di rumah berkenaan.

Selepas itu, beliau turut berkunjung ke Dahye Villa dan Taman Sinar Baru untuk mengadakan sambutan Tahun Baharu Cina bersama penduduk di sekitarnya.

Dengan sambutan orang ramai, beliau turut menaja bagi memasang lampu 'tanglung' disepanjang kaki lima premis kawasan Taman Sinar Baru.

"Usaha ini dilakukan agar penduduk di sekitarnya dapat merasai suasana Tahun Baharu Cina kali ini.

"Dalam merayakan perayaan ini, semua masyarakat dinasihatkan agar tidak leka dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sim Fui yang juga Pengerusi LDP Api-Api berkata, patuhi SOP sepanjang masa agar mampu mengelak daripada dijangkit wabak COVID-19.

Katanya, teruskan menjaga keselamatan dan kesihatan diri sendiri serta keluarga. Semoga semua masyarakat mendapat rahmat yang baik dalam Tahun Harimau kali ini.


utusanborneo.com.my/2022/01/31
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.058455 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list