CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Sabah] IPD Beluran lancar Op Selamat bermula 1 Febuari

[Copy link]
Post time 31-1-2022 09:26 PM | Show all posts |Read mode


KASIM


BELURAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran akan melancarkan OP Selamat sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula 1 hingga 6 Februari depan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata masyarakat diminta untuk sentiasa menjaga kesihatan dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Katanya, satistik terkini daerah Beluran masih merekodkan sebanyak 28 kes yang masih aktif daripada 3,535 kes seluruh Sabah.

Selain itu, katanya, penduduk setempat yang bercadang untuk meninggalkan kediaman mereka di nasihatkan agar memaklumkan kepada balai polis berhampiran.

“Makluman itu supaya memudahkan pihak polis untuk memantau dan menjalankan rondaan di sekitar kediaman yang dilaporkan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, dalam tempoh cuti sempena Tahun Baharu Cina, aliran trafik di jalan utama Telupid - Beluran dijangka akan ada pertambahan.

“Justeru, rancang perjalanan awal agar dapat mengelakkan kesesakan dan sebarang musibah yang kemungkinan boleh berlaku akibat pertambahan jumlah kenderaan.

“Keadaan cuaca yang tidak menentu serta jalan raya yang kurang baik juga boleh mengakibatkan perjalanan terganggu,” katanya.

Kasim berkata, dengan adanya kerjasama semua pihak diharap dapat mendidik masyarakat agar lebih patuh dengan SOP dan undang-undang yang telah ditetapkan.

“IPD Beluran mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Tiong Hua dan berharap kesejahteraan diantara kaum dapat membina Keluarga Malaysia yang harmoni,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/31
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.338056 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list