CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 333|Reply: 1

[Sabah] Pertemuan Hajiji – Abang Johari perkukuhkan hubungan erat sedia ada

[Copy link]
Post time 31-1-2022 07:06 PM | Show all posts |Read mode


KERJASAMA : Hajiji disambut oleh rakan sejawatnya, Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, di sini hari ini.

KUCHING: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor bersama pemimpin tertinggi kerajaan Sabah mengadakan lawatan ke Sarawak bagi memperkukuhkan lagi hubungan erat sedia ada kedua-dua negeri.

Dalam lawatan sulungnya ke Kuching sebagai Ketua Menteri Sabah, Hajiji mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari yang mengetuai Gabungan Parti Sarawak (GPS) meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, pada Disember lalu.  

Hajiji berkata, secara peribadi, beliau menzahirkan uacapan tahniah kepada Abang Johari atas kejayaan mendapatkan mandat menerajui kerajaan dengan majoriti yang sangat besar.

“Selain itu, lawatan ini juga bertujuan meneroka bidang kerjasama baharu antara kedua-dua negeri Borneo sebagai rakan wilayah dalam Persekutuan Malaysia.

“Hal ini kerana, Sabah dan Sarawak mempunyai banyak persamaan dari segi budaya, sejarah dan perjuangan serta sinergi yang perlu dimanfaatkan untuk kebaikan bersama,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, sebagai ahli Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, kami telah bekerjasama mendesak kelulusan Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963, pada tahun lalu.

Sementara itu, Hajiji berkata beliau dan Abang Johari bukanlah asing kerana telah lama berkawan dan rakan sekerja ketika berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dalam kerajaan terdahulu.

  Dalam pertemuan yang turut dihadiri anggota kabinetnya, Abang Johari telah berkongsi pandangannya mengenai beberapa perkara.

Ia termasuklah hubungan negeri-Persekutuan, keperluan untuk kestabilan politik, hak Sarawak dan pendirian bersama yang boleh diambil oleh Sarawak dan Sabah dalam mendapatkan hak negeri.

Turut hadir mengiringi Hajiji ialah tiga timbalannya, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin; Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Kadzim Yahya serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.


utusanborneo.com.my/2022/01/31
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2022 09:29 PM | Show all posts


Hajiji (kiri) merakam kenangan bersama Abang Johari semasa kunjungan hormat sempena lawatan kerja ke Sarawak hari ini. -Gambar Pejabat Ketua Menteri Sarawak

Sabah mahu teroka kerjasama baharu dengan Sarawak

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah berhasrat meneroka bidang kerjasama baharu dengan Sarawak bagi membolehkan kedua-dua negeri Borneo itu terus maju bersama, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Hajiji dalam kenyataan sempena lawatan kerja ke Sarawak hari ini berkata Sabah dan Sarawak mempunyai banyak persamaan dari segi budaya, sejarah dan perjuangan.

“Oleh itu terdapat banyak sinergi untuk dimanfaatkan bagi kebaikan bersama. Sebagai ahli dalam Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, kami bekerjasama secara padu bagi mendesak kelulusan Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963, pada tahun lepas,” katanya.

Menurutnya lawatan kerja ke negeri jiran itu didahului dengan kunjungan hormat keatas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg bagi memperkukuhkan lagi hubungan erat sedia ada kedua-dua negeri.

“Dalam pertemuan yang turut dihadiri anggota kabinet negeri Sarawak, Tan Sri Abang Johari berkongsi pandangan mengenai beberapa perkara termasuk hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, keperluan untuk kestabilan politik, hak Sarawak dan pendirian bersama yang boleh diambil oleh Sarawak dan Sabah dalam mendapatkan hak negeri,” katanya.

Turut mengiringi Hajiji dalam lawatannya ialah tiga timbalannya, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam; serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Kadzim Yahya; dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2022/01/31
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.275951 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list