CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 450|Reply: 0

[Sabah] Program gotong royong Kg Pangas Ulu Apin-Apin berlangsung dengan jayanya

[Copy link]
Post time 31-1-2022 08:30 AM | Show all posts |Read mode


KERJASAMA: Penduduk bersama-sama membersihkan kawasan di sekitar dewan dalam program itu.

KENINGAU: Penduduk Kampung Pangas Ulu Apin-Apin dekat Bingkor menzahirkan penghargaan kepada wakil rakyatnya kerana sentiasa memberikan sokongan terhadap program diperingkat akar umbi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK) nya, Zainal Ebin berkata, tanpa sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik sudah tentu program yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kata Zainal, tanpa dana kewangan daripada Robert, program gotong royong yang dirancang tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang dan sudah pasti kerja-kerja penyelenggaraan paip air graviti juga tidak dapat digerakkan.

"Terima kasih atas sokongan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya yang telah menyalurkan dana kewangan kepada penduduk untuk melaksanakan program gotong royong ini.

"Dengan adanya dana ini, program yang dirancang seperti gotong royong membersihkan kawasan dewan dan perkampungan dapat dilaksana dengan jayanya termasuk kerja-kerja menyelenggara paip air graviti yang dapat memberi manfaat kepada penduduk, " katanya.

Justeru itu, Zainal yang mewakili penduduk kampung ingin merakamkan penghargaan kepada Robert atas perhatian yang diberikan sehingga menjayakan program mereka itu sambil menyatakan penduduk akan terus memberikan kerjasama kepada Robert terhadap program-program di masa hadapan.


utusanborneo.com.my/2022/01/30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.051625 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list