CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 365|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 30/01/2022

[Copy link]
Post time 30-1-2022 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 31-1-2022 10:56 AM



COVID-19 : Saringan Kontak Rapat, Bergejala Catat Peningkatan Kes Positif

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali melepasi paras 300 apabila melonjak tinggi kepada 373 kes hari ini iaitu 106 kes lebih tinggi berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat peningkatan bilangan kontak rapat iaitu sebanyak 161 kes dan individu bergejala sebanyak 132 kes yang positif.

Katanya, ini adalah tanda-tanda bahawa jangkitan sudah mula menular dalam komuniti.

“Sebelas 11 buah daerah mencatatkan kes harian dua angka hari ini berbanding lapan daerah sahaja semalam.

“Lima  daripada daerah-daerah ini merekod jumlah kes baharu yang agak tinggi, iaitu Kota Kinabalu 65 (+12), Tawau 54 (+32), Penampang 45 (+31) Sandakan 45 (-8) dan Tuaran 36 (-19). Hanya empat daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, tidak ada kluster baharu hari ini namun lima daripada 17 kluster-kluster aktif di Sabah merekodkan 65 kes baharu.

Katanya, Kluster Jalan Sri Balung, Tawau adalah menyumbang kes baharu (kluster) terbanyak dengan 41 kes dan Kluster Montenior, Kuala Penyu pula 11 kes baharu.

“Sejumlah 365 atau hampir 98 peratus daripada 373 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, lima kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu  kes dalam Kategori 5,” katanya.


sabahmedia.com/2022/01/30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 1.067072 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list