CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 0

[Sabah] Lima kluster aktif sumbang kes baharu COVID-19 terbanyak

[Copy link]
Post time 30-1-2022 04:58 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Sejumlah lima daripada 17 kluster aktif COVID-19 menyumbang angka terbanyak dalam kes baharu hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Sabah semalam merekodkan sejumlah 373 kes baharu COVID-19 dengan peningkatan 106 kes berbanding hari sebelumnya.

"Tiada kluster baharu COVID-19 direkodkan tetapi lima daripada 17 kluster aktif di Sabah merekodkan 65 kes baharu.

"Antaranya, Kluster Jalan Sri Balung, Tawau adalah menyumbang kes baharu terbanyak dengan 41 kes dan Kluster Montenior, Kuala Penyu pula 11 kes baharu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, terdapat peningkatan bilangan kontak rapat (161 kes) dan individu bergejala (132 kes) yang positif.

Katanya, ia menunjukkan tanda-tanda bahawa jangkitan sudah mula menular dalam komuniti.

"11 daerah mencatatkan kes harian dua angka hari ini berbanding lapan daerah sahaja kelmarin. Lima daripada daerah-daerah ini merekod jumlah kes baharu yang agak tinggi, iaitu Kota Kinabalu 65 (+12), Tawau 54 (+32), Penampang 45 (+31) Sandakan 45 (-8) dan Tuaran 36 (-19).

"Hanya empat daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu," katanya.

Menurutnya, sejumlah 365 kes daripada 373 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, lima kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5.


utusanborneo.com.my/2022/01/30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.057202 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list