CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 379|Reply: 0

[Kedah] Suri rumah antara 5 ditahan miliki dadah

[Copy link]
Post time 30-1-2022 03:03 PM | Show all posts |Read mode

Suri rumah yang memandu sebuah kereta jenis Honda yang ditahan bersama dua lelaki kerana positif dadah jenis Methapetamine dalam SJR Op Selamat 17/22. FOTO IHSAN PDRM

Alor Setar: Lima individu termasuk seorang wanita ditahan polis dalam tangkapan berasingan di tiga daerah di negeri ini dalam sekatan jalan raya (SJR) Op Selamat 17/22, semalam kerana memiliki dadah.

Kesemua mereka berusia antara 19 hingga 34 tahun ditahan polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSTP) Kedah dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) daerah.

Dalam pemeriksaan pertama, seorang suri rumah ditahan bersama dua rakan lelakinya dalam sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 57 Jalan Alor Setar -Butterworth kerana memiliki dadah.

Ketiga-tiga suspek berusia 19 hingga 34 tahun dan beralamat di Bedong, Kuala Muda itu ditahan polis dari BSPT Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada 1 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Superintendan Mohd Mahiri Hussin berkata, anggotanya menahan sebuah kereta Honda dipandu seorang wanita dalam keadaan mencurigakan di lokasi SJR terbabit.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat 1.66 gram, ganja (1.84 gram) dan heroin (0.41 gram) dalam sebuah beg pinggang penumpang hadapan iaitu lelaki berusia 34 tahun.

"Pemeriksaan lanjut terhadap wanita dan penumpang belakang kereta itu tidak menemui apa-apa barangan mencurigakan.

"Kesemua mereka dibawa IPD Kuala Muda untuk tindakan lanjut namun hasil ujian saringan awal air kencing mendapati, kesemua mereka didapati positif dadah jenis Methapetamine.

"Mereka ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15(1) ADB 1952 dan Seksyen 6 ADB 1952," katanya di sini hari ini.

Mohd Mahiri berkata, dalam pemeriksaan kedua di tepi jalan Taman Kuchai, Hi-Tech Kulim, seorang juruelektrik ditahan jam 11.30 pagi dalam keadaan mencurigakan oleh anggota BSPT IPD Kulim.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu dianggarkan seberat 1.60 gram dalam beg silang miliknya.

"Hasil ujian saringan awal air kencing terhadapnya mendapati lelaki itu positif dadah jenis Methapetamine dan ditahan mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952," katanya.

Sementara itu, tangkapan kes ketiga dilakukan oleh pegawai dan anggota JSPT Kedah serta IPD Yan terhadap seorang lelaki berusia 33 tahun di tepi jalan Kilometer 32 Jalan Alor Setar -Butterworth.

Mohd Mahiri berkata, suspek ditahan pada 6.45 petang selepas mendapati dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui dadah jenis heroin dianggarkan seberat 0.50 gram.

"Hasil ujian saringan ujian awal air kencing mendapati lelaki yang berasal dari Gurun itu positif dadah jenis morfin.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.155646 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list