CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Sabah] 87 PVATM terima bantuan daripada YNJ

[Copy link]
Post time 30-1-2022 10:03 AM | Show all posts |Read mode


PRIHATIN: Norlidah (kiri) ketika menyerahkan sumbangan kepada Nafsiah.

KOTA KINABALU: Seramai 87 ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menerima sumbangan kewangan daripada Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Pengerusi YNJ Brigedier Jeneral Al Hambra Juhar berkata, pemberian sumbangan berkenaan adalah bagi menghargai pengorbanan yang telah diberikan oleh pesara veteran yang telah bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air.

"Diharap sumbangan pada hari ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pesara-pesara ATM kategori miskin tegar, balu dan anak-anak pesara dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

"YNJ juga akan meneruskan sesi jelajah ke seluruh Sabah bagi terus membantu dan menyantuni pesara-pesara veteran ATM dan daerah Tawau akan menjadi lokasi seterusnya, "katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Yayasan Nur Jauhar kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia di Dewan Maksak, Likas semalam.

Sementara itu, salah seorang penerima sumbangan iaitu balu kepada Allahyarham Sarjan Osman Mahadi, Nafsiah Madzor meluahkan rasa terharu atas keprihatinan YNJ dalam memberikan sumbangan bantuan kepada beliau dan keluarga.

"Terlalu banyak bantuan yang telah diberikan oleh YNJ kepada kami sekeluarga termasuklah bantuan selepas kejadian kebakaran rumah kami di Putatan pada tahun lepas, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas segala kebaikan yang telah diberikan,"katanya.

Turut hadir, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni, Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri merangkap Bendahari Kehormat YNJ, Datuk Abinan Asli, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip, Pegawai Daerah Putatan, Haryani Anah Abdul Kahar dan Yang di-Pertua PVATM, Marshid Mohd Salleh.



utusanborneo.com.my/2022/01/30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.056191 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list