CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Sabah] Mohammaddin fokus bantu selesaikan masalah rakyat

[Copy link]
Post time 30-1-2022 10:01 AM | Show all posts |Read mode


TURUN PADANG: Mohammaddin (empat kanan) ketika turun padang menyantuni rakyat.

LAHAD DATU: Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammaddin Ketapi bertekad akan terus fokus turun padang menyantuni rakyat di daerah ini.

Katanya, beliau akan menggunakan peruntukan yang diberikan untuk membantu rakyat dan mencari penyelesaian bagi setiap permasalahan mereka.

“Saya akan terus berusaha mengatur gerak kerja menyantuni dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk permasalahan rakyat.

“Selepas ini, saya akan kerap melawat kawasan berjumpa rakyat dan mendengar permasalahan serta keperluan mereka,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemimpin bersama rakyat di Kampung Damai, kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama berkata pihaknya turut menerima aduan berkaitan masalah status tanah Kampung Damai ini.

Katanya, beliau memahami keadaan rakyat yang sudah tinggal di kawasan ini sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

“Kita akan usahakan dan panjangkan perkara ini kepada pihak kerajaan agar tanah yang mereka duduki sekarang dapat diberikan hak milik,” katanya.

Pada majlis berkenaan, seramai 50 asnaf dan ibu tunggal menerima sumbangan bakul makanan serta dapur gas.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat Segama, Mizma Appehdullah dan Ketua Kampung, Abdul Rahim Abdul Besar.


utusanborneo.com.my/2022/01/30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.067954 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list