CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Sabah] Sabah FC lebih bersedia hadapi saingan musim ini

[Copy link]
Post time 29-1-2022 11:19 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Bung diiringi Pengarah Sabah FC, Datuk Dr, Jelani Hamdan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Khairul Firdaus setibanya menghadiri majlis itu.

KOTA KINABALU: Sabah FC akan lebih bersedia menghadapi saingan Liga Super musim ini yang dijadual bermula pada Mac ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, berkata pihaknya yakin Sabah FC kali ini mampu bersaing dengan pasukan-pasukan lain dalam liga tersebut.

Katanya, pasukan Sabah FC lebih tersusun musim ini berbanding musim lalu dan ia mampu memberi cabaran kepada pasukan-pasukan lawan.

"Kewujudan pasukan yang serba baharu ini akan menyuntik semangat tinggi kepada pemain-pemain untuk menang," katanya pada majlis Fundraising Dinner di Pusat Persidangan Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, semalam.

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri mahu semua pemain sentiasa mempunyai semangat baharu untuk mencapai kemenangan dan tidak sekali-kali menunjukkan sikap rendah diri kepada pasukan lawan.

Katanya, setiap pemain haruslah memiliki sikap sebagai sang juara di samping memperagakan corak permainan yang terbaik serta mempunyai semangat juang tinggi untuk menang dalam setiap perlawanan.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya, ketua jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee telah berusaha melakukan persiapan kepada pasukan agar berupaya meningkatkan prestasi pasukan dan mampu memberi cabaran kepada lawan.

"Justeru dengar kepada ketua jurulatih dan bukan yang lain," tegasnya.

Sabah FC dilihat sebagai sebuah pasukan berwajah baharu dalam saingan Liga Malaysia musim ini dengan mendapatkan khidmat bintang-bintang tempatan ternama seperti Badrol Bakhtiar, Khairul Fahmi Che Mat, Dominic Tan, Rizal Ghazali, Irfan Fazail selain beberapa pemain import baru yang akan diperkenalkan kemudian.

Sehubungan itu, Presiden SAFA itu juga meminta peminat dan para penaja supaya terus memberi sokongan kepada Sabah FC agar pasukan itu mampu beri cabaran Liga Malaysia.



utusanborneo.com.my/2022/01/29
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.057998 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list