CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Sabah] Pemimpin masyarakat turun padang, tangani aduan penduduk

[Copy link]
Post time 29-1-2022 11:18 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Frederick dan Erick bersama pemimpin masyarakat Kg Keritan Laut turun padang meninjau aduan mengenai limpahan air ke jalan raya.

KENINGAU: Pemimpin masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan bergegas ke Kampung Keritan Laut di Mukim Senagang setelah menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kejadian banjir yang melanda kampung itu.

Sejurus menerima aduan itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan Frederick Philip Toyong; Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) serta Pegawai Penyelaras DUN Liawan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau Erick Takun Lantayan dan Ketua Masyarakat Cina (KMC) Mukim Senagang ke lokasi yang dilaporkan penduduk.

Fredrick ketika ditemui semasa meninjau keadaan itu di Kg Keritan Laut memberitahu, salah satu penyebab limpahan air itu adalah kerana terdapat beberapa pembentung (culvert) yang tersumbat mengakibatkan air dari parit melimpah ke jalan raya.

“Tindakan yang diambil adalah memaklumkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah yang kemudian memaklumkan kepada pihak syarikat konsesi yang dipertanggungjawabkan untuk mengganti pembetung yang lebih besar bagi melancarkan aliran air, “ kata Fredrick.

Penduduk yang terlibat memuji gerak kerja Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan yang diketuai oleh Fredrick yang sentiasa proaktif serta responsif terhadap aduan penduduk setempat sehingga mendapat perkongsian dan pujian di laman sosial.



utusanborneo.com.my/2022/01/29
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.054686 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list