CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 0

[Sabah] Kolam renang Kompleks Sukan Tawau diserahkan kepada LSS

[Copy link]
Post time 29-1-2022 11:15 PM | Show all posts |Read mode


LAWAT: Suryady semasa melawat projek kolam renang yang sudah siap.

TAWAU: Penantian penduduk di daerah ini melihat kolam renang Kompleks Sukan Tawau siap sepenuhnya berakhir selepas kemudahan itu diserahkan sepenuhnya kepada Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSS), di sini hari ini.

Bagaimanapun, kolam renang yang menelan kos sebanyak RM11 juta itu akan dibuka kepada umum pada awal bulan Mei depan.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata kolam renang berkenaan sepatutnya dijangka siap awal tahun lalu.

“Namun, akibat berlakunya pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), projek berkenaan tergendala seketika.

“Buat masa ini, pemeriksaan akhir sedang dijalankan terutamanya dari segi keselamatan sebelum ia dibuka kepada umum secara rasminya Mei depan,” katanya ketika ditemui dalam majlis menandatangani dokumen penyerahan projek berkenaan, di sini hari ini.

Menurutnya, kolam renang ini bakal menjadi satu mercu tanda baharu daerah Tawau dan akan dikendalikan oleh LSS.

“Saya mengharapkan kemudahan ini dapat dimafaatkan oleh masyarakat Tawau dan dijaga dengan sebaiknya.

“Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) mengharapkan dengan adanya kolam renang ini mampu melahirkan atlet sukan renang pada masa akan datang,” katanya.

Suryady yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata, pihaknya terus memohon kepada kerajaan persekutuan untuk menyalurkan peruntukan kepada pembangunan sukan di Sabah.

“Pembangunan sukan di Sabah perlu diberikan perhatian, bukan sahaja dari segi infrastruktur tetapi kemudahan-kemudahan yang lain seiring dengan negeri lain,” katanya.

Katanya, kolam renang ini juga akan sentiasa dinaik taraf dari semasa ke semasa seperti penyediaan papan anjal untuk sukan terjun supaya ia boleh digunakan untuk tujuan pertandingan.

“KBSS mempunyai perancangan dalam pembangunan sukan di daerah ini dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut peruntukan yang ada.

“Apa yang penting adalah kerajaan sekarang sudah banyak melaksanakan projek-projek sukan yang menjadi keperluan masyarakat terutamanya belia di negeri ini,” katanya.

Turut hadir, Setiausaha Tetap KBSS, Mansur Asun; Pengerusi LSS, Osman Aganduk dan Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya, Ahmad Shairazi Mohd Daud.


utusanborneo.com.my/2022/01/29
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.073194 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list