CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 270|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 29/01/2022

[Copy link]
Post time 29-1-2022 10:19 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 267 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 247,379 kes. Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 202 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 238,900 orang. Manakala 775 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 348 orang di hospital, 413 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 14 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 18 orang merangkumi 15 di ICU/repurposed kritikal care serta tiga (3) di open ward (HDW/kubikel akut) dan lapan ( orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 11 (18.33%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Jumlah kes harian kembali berada di bawah paras 300 dengan mencatatkan 267 kes hari ini. Jumlah ini adalah 91 kes lebih rendah daripada semalam.

b. Lapan ( daerah mencatatkan kes harian dua (2) angka, sama dengan jumlah daerah semalam tetapi Tuaran melompat ke tangga teratas dengan 55 kes baharu, 16 kes lebih tinggi daripada sebelumnya. Sandakan mencatatkan 53 kes (+12), Kota Kinabalu 53 kes (-13), Tawau 22 kes (-2) dan Penamapang 14 kes (- 18).

c. Cuma 16 kes baharu daripada kluster-kluster aktif direkodkan hari ini. Hampir 17% atau 45 kes melibatkan kanak-kanak bawah umur 12 tahun yang belum layak menerima vaksin. Seramai 13 orang lagi pesakit adalah mereka yang belum divaksin walaupun layak memperolehinya. d. Semalam, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menutup dengan serta merta mana-mana sekolah yang diisytiharkan pencetus kluster. Keputusan ini dibuat untuk melindungi lebih ramai pelajar-pelajar dan guru-guru daripada jangkitan dan memastikan jangkitan tersebut dapat dibendung atau ‘localised’ dan tidak merebak ke tempat lain.

e. Tindakan drastik ini juga adalah peringatan kepada semua pengurusan sekolah termasuk guru-guru, murid-murid dan ibu bapa agar mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengurangkan risiko jangkitan keatas murid-murid dan guru-guru sekolah. Semua SOP di tempat kerja / sekolah hendaklah dikuatkuasakan secara ketat.

f. Sebanyak 264 daripada 267 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2 serta satu (1) kes masing-masing dalam Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5.

g. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (131) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.335783 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list