CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Sabah] Limus saran penjawat awam tingkatkan pengetahuan, kemahiran

[Copy link]
Post time 28-1-2022 09:40 PM | Show all posts |Read mode


AMANAT: Limus (kiri) menyampaikan ucapannya sempena majlis itu.

KUALA PENYU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury menyarankan setiap penjawat awam khususnya di daerah ini supaya sentiasa berusaha membangunkan pengetahuan dan kemahiran diri agar dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih baik.

Tambah beliau, adalah penting bagi penjawat awam untuk bersama-sama pimpinan demi menjayakan sebarang agenda pembangunan yang dirancangkan dengan menyediakan maklumat serta data yang tepat bagi memastikan segala perancangan kerajaan menepati kehendak kumpulan sasar.

"Dengan adanya gandingan dua hala antara penjawat awam dan pemimpin, saya yakin ianya mampu membawa anjakan paradigma kepada kebajikan rakyat keseluruhannya, seiring hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

"Justeru saya berharap semua organisasi perkhidmatan awam dapat memberi fokus yang sewajarnya untuk memastikan hala tuju ini bukan sekadar retorik politik, tetapi akan benar-benar dapat memberi manfaat kepada rakyat dan Negeri Sabah.

"Marilah kita sama-sama meningkatkan iltizam agar dapat memberikan perkhidmatan di tahap yang cemerlang dan dihargai oleh rakyat jelata, " katanya semasa berucap pada majlis Anugerah Khidmat Cemerlang kakitangan Pejabat Daerah Kuala Penyu dan sambutan perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina di Dewan Shahbandar Makang.

Dalam pada itu, Limus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu berharap perbezaan perayaan yang diraikan perlu dijadikan sebagai kelebihan untuk rakyat mengukuhkan lagi perpaduan yang telah wujud di negeri ini.

"Sabah mempunyai lebih daripada 30 kumpulan etnik di seluruh negeri. Walaupun terdiri daripada kepelbagaian etnik, masyarakat harus mempertahankan perpaduan dan toleransi dalam kalangan sesama mereka.

"Perbezaan dalam budaya dan bahasa pertuturan bukanlah menjadi penghalang bagi kita untuk terus bekerja bersama-sama bagi faedah dan kepentingan masyarakat seluruhnya.

"Sesungguhnya, kepercayaan, semangat saling menghormati dan kejujuran merupakan ciri-ciri positif dan membina yang membolehkan kita memperkukuhkan semangat kekitaan di kalangan kita semua, dan seterusnya menikmati kehidupan yang harmoni dan sejahtera dalam negara yang merdeka ini, " katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/28
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.397690 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list