PERTINDIHAN HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN DAN NEGERI BAGI TAHUN 2022
Memandangkan hari pertama Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada hari bekerja iaitu Selasa, 1 Februari 2022, maka tiada cuti gantian secara automatik diperuntukkan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369]. Cuti gantian secara automatik pada hari berikutnya hanya diberikan jika hari kelepasan am jatuh pada hari kelepasan mingguan (Jumaat atau Ahad) mengikut negeri masing-masing. 2. Manakala bagi pekerja swasta yang tertakluk di bawah Akta Kerja 1955 [Akta 265], majikan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hendaklah memberikan hari kelepasan am berbayar pada Khamis, 3 Februari 2022. Penjawat awam adalah tidak tertakluk di bawah Akta 265. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Akta 265 hendaklah dirujuk kepada Kementerian Sumber Manusia.
mohon hadam yakk.. sumber
|