CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 955|Reply: 3

"Kalau Cringe Beritahu Dan Saya Akan Berhenti Berlakon,"-Neeta

  [Copy link]
Post time 28-1-2022 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Selebriti berbakat besar, Neeta kini bergelar pelakon selepas diberi kepercayaan untuk terbabit di dalam sebuah drama atas talian berjudul Sayap Bagimu baru-baru ini.


Menurut Neeta atau nama sebenarnya Neeta Manishaa,28 ia adalah percubaan pertama nya untuk berlakon. Akui agak kekok dalam drama tersebut, Neeta bagaimanapun mengalu-alukan segala kritikan dan komen daripada orang ramai mengenai lakonannya.


Foto: IG




“Hari itu saya ada cuba berlakon dan telah pun ditayangkan di YouTube. Tetapi tidak tahu menjadi atau tidak lakonan saya. Saya dah tengok dan agak cringe jadi anda kena tengok dan kalau cringe beritahu saya dan saya akan berhenti berlakon. Kalau rasa ada bakat, saya akan teruskan,” seloroh Neeta.


Bercakap mengenai karier nyanyiannya, pelantun Hanya Mimpi ini berkata nyanyian akan sentiasa menjadi keutamaannya biarpun mendapat pelbagai tawaran dalam bidang lain termasuk pengacaraan.




  



“Saya dah pun habis kontrak pengacaraan dengan sebuah program tv. Saya rasa saya banyak belajar dari program itu.


“Muzik akan sentiasa menjadi nombor satu kepada saya dan pengacaraan saya selalu anggap sebagai satu rezeki tambahan dan sesuatu yang saya boleh belajar. Ini kerana bila mengacara kita kena selalu main eye contact tak macam menyanyi lebih santai jadi perkara itu yang saya belajar daripada pengacaraan,” katanya.




  



Tambah Neeta lagi, dia tidak akan serik untuk mengacara kerana itu juga merupakan salah satu impian daripada kecil terutamanya jika dapat mengendalikan program berbentuk kembara.


“Saya tidak akan serik mengacara kerana sejak kecil saya berminat untuk membuat program travelog. Kadang-kadang saya ada terima juga tawaran pengacaraan tetapi saya tolak dengan baik sebab saya rasa tak boleh lakukannya. Jadi kalau saya rasa saya boleh buat saya akan ambil” katanya lagi. -CARI


Sumber: Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 11:06 AM | Show all posts
nita.. sorry la.. akk tgk ko makin lama makin kepam.. lg2 dlm citer aeon tu.. y nita..y...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 12:19 PM | Show all posts
its small
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
suka neeta. humble and sweet. suara pun sedap. moga happy2 selalu neeta.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.059109 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list