CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

[Lain-lain] Banjir di BALING, 3 mayat mangsa ditemui...FASA PERALIHAN MONSUN...

  [Copy link]
 Author| Post time 23-2-2022 03:54 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2022 09:16 AM | Show all posts
Cuaca | Hujan lebat berterusan dijangka landa dua negeri

Sistem cuaca tekanan rendah dijangka melanda sempadan negeri Pahang dan Terengganu petang ini dan seterusnya bergerak ke barat laut merentasi Semenanjung yang boleh menyebabkan hujan lebat berterusan dan angin kencang. Perkara berkenaan dimaklumkan METMalaysia menerusi satu kenyataan dikeluarkan malam tadi.

Februari 25, 2022 08:01 MYT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2022 05:28 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2022 04:08 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2022 10:00 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2022 09:30 PM | Show all posts
*Amaran cuaca buruk di 10 negeri malam ini – Kosmo Digital*https://www.kosmo.com.my/2022/02/28/amaran-cuaca-buruk-10-negeri/
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-3-2022 06:23 PM | Show all posts
Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 12 negeri, wilayah - MetMalaysia https://www.astroawani.com/berit ... -metmalaysia-350231
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2022 05:10 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 7-3-2022 04:14 PM

[TERKINI] Enam kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat - Info trafik DBKL https://www.astroawani.com/berit ... -trafik-dbkl-350398

[TERKINI] Enam kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilatFareez Azman
Mac 7, 2022 16:37 MYT


Imej dari Twitter Radio Astro menunjukkan paras air di Sungai Kelang sudah mula naik. - Foto Twitter Radio Astro


KUALA LUMPUR: Enam kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat pada petang Isnin, menurut Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan di laman twitter rasminya hari ini.
Setakat ini, enam kawasan yang dilanda banjir kilat itu termasuk Terowong Tabung Haji, Terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.

Beberapa laman sosial turut memaparkan keadaan banjir kilat di Jalan Kuchai Lama.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2022 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Langkawi) • Pulau Pinang • Perak (Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak) • Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) • Terengganu (Besut dan Setiu) • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang) • WP Kuala Lumpur • WP Putrajaya • Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) • Melaka • Johor (Tangkak) • WP Labuan sehingga 10:00 pagi; Selasa, 8 Mac 2022.

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 7:05 pagi, 8 Mac 2022.

#ributpetirmetmalaysia
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
#metmalaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2022 12:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2022 12:33 PM | Show all posts
Hujan berterusan, ribut petir diramal sehingga Jumaat[size=0.82]Oleh K.Mohana Priya
Mac 9, 2022 @ 11:08am
bhnews@bh.com.my





METMalaysia meramalkan hujan berterusan serta ribut petir di beberapa kawasan khususnya sekitar Lembah Klang sehingga Jumaat. - FOTO NSTP/AIZUDDIN SAAD




KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan serta ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung, selain Sarawak serta Sabah sehingga Jumaat ini.
METMalaysia melalui kenyataan memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di pantai barat Sabah, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat), manakala beberapa kawasan di Terengganu, Pahang serta pedalaman Tawau dan Labuan akan menerima hujan pada sebelah pagi.
Di sebelah petang, ribut petir diramal di kebanyakan kawasan di Putrajaya, selain beberapa kawasan Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor dan beberapa tempat di pedalaman Perak, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Selain itu, ribut petir di satu dua kawasan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang juga diramal pada petang.
Pada sebelah malam, ribut petir dijangka di satu dua kawasan di Kedah, Pulau Pinang serta di pedalaman Pahang, selain hujan di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Samarahan, Betong, Sibu, Kapit, Bintulu, Limbang dan di pedalaman Perak, Kelantan, Selangor serta Negeri Sembilan.
Esok, ribut petir dijangka di sesetengah kawasan di Perak serta hujan di satu dua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Kuching, Serian dan Samarahan pada sebelah pagi.
Pada sebelah petang, ribut petir di kebanyakan kawasan Putrajaya, di beberapa kawasan Kuala Lumpur, di satu dua kawasan Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri serta Limbang dan satu dua kawasan pedalaman di Kedah, Perak, Kelantan dan Pahang.
Malam esok pula, hujan di satu dua kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang serta pedalaman Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, selain ribut petir beberapa kawasan pedalaman Pahang.
METMalaysia juga menjangkakan hujan di sesetengah kawasan di Melaka dan di satu dua kawasan Selangor, Negeri Sembilan serta Johor pada sebelah pagi Jumaat.
Pada sebelah petang, ribut dijangka di satu dua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri serta Limbang dan di satu dua kawasan pedalaman Perak.
Hujan juga dijangka di satu dua kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu serta Miri dan di kawasan pedalaman Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor pada sebelah malam.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2022 09:54 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2022 02:08 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Mangsa keempat dan kelima tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, di sini, ditemukan dan disahkan meninggal dunia.

Kedua-kedua lelaki itu merupakan korban ketiga dan keempat dalam insiden tanah runtuh. Sebelum itu seorang wanita warga emas dan seorang lelaki turut maut manakala seorang lelaki cedera.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua mangsa merupakan lelaki warga tempatan dengan seorang daripada mangsa merupakan pekerja Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Beliau berkata mangsa keempat ditemukan pada pukul 12.46 tengah malam manakala mangsa kelima dijumpai pada pukul 1.59 awal pagi ini.

Identiti kesemua mangsa yang meninggal dunia masih belum dikenal pasti, katanya.

“Oleh itu, operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa ditamatkan pada awal pagi ini,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.

Beliau berkata polis akan membuat kawalan keselamatan selama 24 jam bagi memastikan barang-barang milik penghuni terjejas tidak hilang dan rumah mereka tidak diceroboh.

Farouk meminta jika ada penghuni-penghuni yang rumahnya diceroboh untuk membuat laporan polis.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/03/11/tanah-runtuh-mangsa-keempat-kelima-ditemukan-meninggal-dunia/


Loading Tweet...





KUALA LUMPUR – Kira-kira 15 buah rumah mengalami kerosakan termasuk dua tertimbus selepas berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di Ampang di sini lewat petang Khamis.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.54 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, berdasarkan laporan awal, sebanyak 15 buah rumah terkesan termasuk dua daripadanya tertimbus serta 10 buah kenderaan di lokasi kejadian turut dilaporkan terjejas.

"Saya juga dimaklumkan ada beberapa orang dilaporkan cedera dan maklumat awal ada empat mangsa, salah seorangnya telah berjaya ditemui dengan selamat.

"Mangsa terbabit melibatkan penghuni di dalam rumah dan pekerja binaan yang menjalankan kerja di kawasan berhampiran rumah," katanya dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha menyelamat mangsa masih diteruskan dan maklumat mengenai kejadian akan dimaklumkan selepas usaha menyelamat mangsa selesai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2022 07:29 PM | Show all posts
SHAH ALAM - Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 14 Mac ini dan berterusan sehingga pertengahan Mei depan, menandakan kemungkinan Malaysia akan mengalami banjir kilat dalam waktu itu.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang telah bermula sejak 3 November tahun lalu.

Menurutnya, semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir.

“Lazimnya, ia akan membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.

"Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri Pantai Barat, pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dalam tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan serta amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web rasmi, www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial jabatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan di talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

https://www.sinarharian.com.my/a ... ilat-bermula-14-Mac
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2022 10:19 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2022 04:13 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2022 12:12 PM | Show all posts

SALAH sebuah rumah yang rosak akibat ditimpa pokok tumbang dalam kejadian ribut di daerah Kuala Muda semalam.

  
SUNGAI PETANI: Sebanyak 148 buah rumah dan premis mengalami kerosakan dalam kejadian ribut di daerah Kuala Muda sehingga pukul 8 malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang semalam melibatkan rumah di lima taman perumahan dan sebuah kampung selain dewan orang ramai dalam Mukim Sungai Petani.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, lima taman perumahan terjejas ialah Taman Seri Impian membabitkan 81 rumah, Taman Sutera Jaya (27), Taman Songket (30), Taman Songket Indah (4) dan Taman Sari (2).

“Selain itu, turut terjejas ialah Kampung Mandi Lembu membabitkan tiga buah rumah serta Dewan Orang Ramai Taman Seri Impian,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kerosakan berlaku dalam kejadian hujan lebat beserta angin kencang selama lebih sejam.

“Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) melakukan kerja-kerja memotong dan membersihkan pokok tumbang,” jelasnya.

Tambahnya, keadaan terkawal dan tiada mangsa dilaporkan cedera. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... lam-kejadian-ribut/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2022 09:32 AM | Show all posts
Banjir kilat di beberapa kawasan di KL [METROTV][size=0.8][size=0.9]Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]







Kuala Lumpur: Hujan lebat di sekitar pusat bandar menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat hari ini.



Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.52 petang mengenai kejadian banjir kilat.
Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Gombak Selatan, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Titiwangsa dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur.



"Pasukan Bomba sedang giat menjalankan operasi penyelamatan serta pemantauan," katanya.


Antara kawasan terbabit banjir kilat adalah Jalan Kuching, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Semantan, Jalan Pintasan Gambut, Jalan Kinabalu, Jalan Changkat Thambi Dollah, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Travers, Bulatan Dato Onn dan Jalan Merdeka.
Malah banjir kilat itu juga menyebabkan berlaku kesesakan aliran trafik di beberapa jalan utama di pusat bandar.
Sementara itu, Info Cuaca Malaysia memaklumkan beberapa lokasi terbabit antaranya Jalan Semantan, Jalan Parlimen dan Jalan Kuching, Jalan Changkat Thambi Dollah, Travers dan di sekitar kawasan berhampiran Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Bagaimanapun, anggota Jabatan Penguatkuasaan DBKL sudah berada di lapangan untuk melancarkan aliran lalu lintas di kawasan yang terbabit.

Disiarkan pada: April 25, 2022 @ 5:53pm


BANJIR berhampiran Bangunan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). FOTO Hazreen Mohamad

PreviousNext







[size=0.95]Artikel Berkaitan





Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 05:40 PM | Show all posts
teruk juga banjir kilat di KL
kwn kaka smp patah blk msk office sbb x blh nk redah banjir
maka dia dan staff lain bernuka ajelah dolm office
sekrg ni kat Bangi sdg hujan lebat disertai angin, guruh dan petir
hrp xde apa2lah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 12:27 PM | Show all posts
putrajaya pun hujan lebat semalam. iols buka puasa kt hotel tk tau kat luar hujan. tekejut tengok gelap gelita kat luar. on d way balik lepas berbuka pun masih hujan sampai pagi ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 1.786437 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list