CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10461|Reply: 50

[Lain-lain] Banjir di BALING, 3 mayat mangsa ditemui...FASA PERALIHAN MONSUN...

  [Copy link]
Post time 28-1-2022 08:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 6-7-2022 04:06 AM

            AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA KATEGORI PERTAMA       
        Dikeluarkan pada: 7:00 pagi,                             28 Januari 2022

   
SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA
   
AMARAN RIBUT PETIR

   
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Sarawak Utara • Sabah Barat dan Labuan • Sabah Timur sehingga 11:00 pagi; Jumaat, 28 Januari 2022.
   
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.


   
SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN

   
1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
   
Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan timur laut Condore • utara Reef North sehingga Sabtu, 29 Januari 2022.
   
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.


   
2) AMARAN RIBUT PETIR
   
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan tenggara Reef North • Reef South sehingga 11:00 pagi; Jumaat, 28 Januari 2022.
   
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

            FIRST CATEGORY WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS       
        Issued at: 7:00AM,                      28 January 2022

   
SECTION A: FOR MALAYSIAN WATERS
   
WARNING ON THUNDERSTORMS

   
Thunderstorms, heavy rain and strong winds are expected over the waters of Northern Sarawak • Western Sabah and Labuan • Eastern Sabah until 11:00AM; Friday, 28 January 2022.

   
This condition may cause strong winds up to 50 kmph and rough seas with wave height up to 3.5 metres and is dangerous to small boats.


   
SECTION B: FOR SHIPPING

   
1) WARNING ON STRONG WIND AND ROUGH SEAS (FIRST CATEGORY)
   
Strong northeasterly winds of 40-50 kmph with wave height up to 3.5 metres are expected over the waters of northeastern part of Condore • northern part of Reef North until Saturday, 29 January 2022.
   
This condition of strong winds and rough seas is dangerous to small crafts, recreational sea activities and water sports.

   
2) WARNING ON THUNDERSTORMS
   
Thunderstorms, heavy rain and strong winds are expected over the waters of southeastern part of Reef North • Reef South until 11:00AM; Friday, 28 January 2022.
   
This condition may cause strong winds up to 50 kmph and rough seas with wave height up to 3.5 metres and is dangerous to small boats.

                                                   
Dikeluarkan oleh:Pusat Operasi Cuaca & Geofizik Nasional
Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Alam Sekitar Dan Air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2022 05:51 AM | Show all posts
Ratusan rumah rosak akibat puting beliung di Ipoh

https://www.malaysiakini.com/news/609031

Diterbitkan:  Jan 30, 2022 10:06 PM⋅
Dikemaskini: 10:06 PM



Ratusan rumah mengalami kerosakan akibat angin ribut dan puting beliung di beberapa kawasan termasuk sekitar Kampung Tawas dan Taman Tasek Damai di Ipoh petang tadi.

Kejadian itu menyebabkan rata-rata penduduk di Kampung Tawas yang kebanyakannyadidiami masyarakat Cina menzahirkan rasa sedih kerana bakal menyambut tahun baharu hanya dua hari lagi.

Menurut seorang mangsa Teoh Boh Chee, 60-an, beliau terkejut apabila tiba-tiba terdengar bunyi angin kuat pada kira-kira pukul 6 petang.

"Saya sedang memasak ketika itu dan melihat sendiri bumbung rumah tercabut lalu diterbangkan angin.

"Saya tidak tahu apa perlu dilakukan kerana Tahun Baharu Cina hanya dua hari lagi...bagaimana kami hendak menyambutnya dalam keadaan begini," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Sementara itu, seorang peniaga Yong Chee Fong, 35, berkata beliau bersyukur kerana 10 pelanggan dan beberapa orang pekerja yang berada di kedai makannya terselamat daripada kejadian bumbung runtuh akibat kejadian ribut berkenaan.

"Sudah 10 tahun saya berniaga makanan di sini, tetapi ini pertama kali terjadi ribut yang teruk dan banyak peralatan di kedai rosak," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mita Devi, 36, berkata dia melihat sendiri kejadian ‘puting beliung’ yang berlaku kira-kira 20 minit dan menerbangkan atap rumah.

"Saya hanya mampu berdoa agar kami sekeluarga terselamat dan syukurlah rumah kami tidak mengalami kerosakan terlalu teruk," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran ketika melawat lokasi kejadian berkata semua mangsa terlibat diminta membuat laporan polis bagi memudahkan proses menyaluran bantuan kewangan daripada pejabatnya dan kerajaan negeri.

"Kita anggarkan ratusan rumah yang terlibat di dua kawasan ini, jadi diharapkan mangsa buat laporan polis segera supaya memperoleh bantuan," katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 6.40 petang dan segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh ke lokasi terlibat.

Beliau berkata bencana itu turut menyebabkan beberapa insiden pokok tumbang dan kerosakan rumah penduduk namun tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

-Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2022 05:52 AM | Show all posts
Rumah penduduk di Kampung Tasek rosak akibat ribut

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... rosak-akibat-ribut/

Oleh ZAKI SALLEH
30 Januari 2022, 8:33 pm


Beberapa kediaman penduduk rosak teruk dalam kejadian ribut di Tasek, Ipoh petang tadi. - Gambar media sosial

IPOH – Beberapa buah rumah di Kampung Tasek di sini rosak teruk dalam kejadian ribut petang ini.

Kejadian pada pukul 6.45 petang itu menyebabkan atap rumah penduduk di kampung berkenaan diterbangkan angin kencang yang berlaku ketika hujan lebat.


Sebatang pokok tumbang akibat kejadian ribut tersebut.

Pihak bomba dan agensi penyelamat lain telah digerakkan ke kawasan tersebut sebaik menerima panggilan.

Tindakan sewajarnya sedang dilakukan termasuklah mengenal pasti jumlah kediaman serta penduduk yang terkesan. – K! ONLINE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2022 01:42 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Beberapa lokasi di negeri Pantai Barat Semenanjung serta Sabah dan Sarawak adalah diramalkan untuk terjadinya fenomena puting beliung seperti yang berlaku di Perak semalam.

Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Ambun Dindang berkata negeri tersebut turut melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Kita dapati kebanyakan (puting beliung) berlaku di sebelah negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung, dan tidak lupa juga di Sabah dan Sarawak, yang juga pernah melaporkan kejadian seumpama itu.

“Kebanyakan (yang akan berlaku) di kawasan di persisiran pantai seperti Bintulu, Miri dan Perairan Labuan dan Pantai Barat Sabah. Itu kawasan yang sudah melaporkan kejadian puting beliung dan kawasan ini akan sentiasa berlaku, bila keadaan cuaca sesuai (kehadiran awan kumulonimbus),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, ratusan rumah mengalami kerosakan akibat angin ribut dan puting beliung di beberapa kawasan di Ipoh, Perak.

Ambun berkata, faktor berlakunya kejadian ini disebabkan oleh kehadiran awan kumulonimbus yang besar menyebabkan perolakan yang kuat dalam awan tersebut, seterusnya membentuk corong awan di dasar awan tersebut.

Ambun berkata amat sukar untuk MetMalaysia meramal kejadian puting beliung di Malaysia kerana ia berlaku pada skala yang kecil dengan jangka hayat yang pendek.

“Puting beliung sebesar ini dia sekejap sahaja, paling lama pun sejam dia berlaku. Jadi tempoh untuk memantau kejadian ini agak singkat, sebab itu dia agak sukar untuk diramal, tapi kita melihat pembentukan awan kumulonimbus dengan menggunakan imej radar kita yang ada di seluruh Malaysia” katanya.

Ambun berkata antara tanda awal akan berlakunya puting beliung ialah pembentukan awan yang besar dan dasar awan yang gelap serta corong awan yang menjulur ke bawah.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada sekiranya berlaku puting beliung, selain elakkan mendekati kawasan tersebut dan mencari perlindungan di tempat selamat.

Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2022 07:42 AM | Show all posts
[td] PERAK
Date
Weather
Forecast
02/02/2022
Wednesday

Isolated thunderstorms over inland areas
Morning: Isolated rain over coastal areas
Afternoon: Isolated thunderstorms over inland areas
Night: Isolated rain over inland areas
Min: 22°
Max: 35°
03/02/2022
Thursday

Isolated thunderstorms over inland areas
Morning: No rain
Afternoon: Isolated thunderstorms over inland areas
Night: Isolated rain over inland areas
Min: 22°
Max: 35°
04/02/2022
Friday

Isolated thunderstorms over inland areas
Morning: No rain
Afternoon: Isolated thunderstorms over inland areas
Night: Isolated rain over inland areas
Min: 22°
Max: 35°
05/02/2022
Saturday

Isolated thunderstorms over inland areas
Morning: No rain
Afternoon: Isolated thunderstorms over inland areas
Night: Isolated rain over inland areas
Min: 22°
Max: 35°
06/02/2022
Sunday

Isolated thunderstorms over inland areas
Morning: No rain
Afternoon: Isolated thunderstorms over inland areas
Night: Isolated rain over inland areas
Min: 22°
Max: 35°
07/02/2022
Monday

Isolated thunderstorms over inland areas
Morning: No rain
Afternoon: Isolated thunderstorms over inland areas
Night: Isolated rain over inland areas
Min: 22°
Max: 35°
08/02/2022
Tuesday

Isolated thunderstorms over inland areas
Morning: No rain
Afternoon: Isolated thunderstorms over inland areas
Night: Isolated rain over inland areas
Min: 22°
Max: 35°

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2022 04:10 PM | Show all posts
BERITA » Nasional


Hujan berterusan di Pahang, Johor mulai esok


06 Feb 2022


MetMalaysia meramalkan hujan berterusan di Rompin, Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi, Johor bermula esok hingga Selasa ini. - Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan (waspada) di Rompin, Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi, Johor bermula esok hingga Selasa ini (8 Februari).
MetMalaysia dalam kenyataan turut mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) di dua daerah di Sabah iaitu Kudat dan beberapa kawasan di Sandakan yang diramalkan berlaku pada Ahad.


Kawasan yang terbabit di Sandakan ialah Telupid, Kinabatangan dan Beluran,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Baru-baru ini, MetMalaysia memaklumkan beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh dijangka berlaku terutama di negeri pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah, susulan fasa Monsun Timur Laut yang bermula sejak 3 November tahun lepas, dijangka berterusan hingga Mac ini. - Bernama

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-2-2022 07:35 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 10:25 AM | Show all posts

baru plan nak ke PD esok. harap baik2 laa cuaca kat sana esok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2022 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 11-2-2022 09:25 AM
baru plan nak ke PD esok. harap baik2 laa cuaca kat sana esok

Insyallah baik2 saje benjois tge sea...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2022 11:18 AM | Show all posts


MetMalaysia | Hujan dijangka berterusan hingga 14 FebruariLuruan angin timuran yang dijangka berterusan hingga 14 Februari ini menyebabkan peningkatan kelembapan dan berpotensi membawa hujan berterusan di negeri pantai timur. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan, amaran hujan berterusan kategori waspada turut dikeluarkan bagi selatan Pahang dan timur Johor pada hari ini.
Februari 10, 2022 15:18 MYT

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2022 12:12 AM | Show all posts
Fwd-
Yg berlaku di jeti Kuala Perlis untuk ke Langkawi skrg.
Air surut tak naik2..dijangka berterusan selama 2 minggu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2022 03:34 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2022 04:25 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2022 09:00 AM | Show all posts
                                                                                                                                                                                                                                                                       
                       
JMM/POCGN(O)/BK-27B
                        Ruj. kami: JMM.APL15/442/19 JId (64)/(95)
                        Dikeluarkan pada pukul 4:39 pagi, 17 Februari 2022
                       
                       
MAKLUMAT GEMPA BUMI
                         
                       
Satu gempa bumi kuat telah berlaku dengan maklumat parameter berikut:
Waktu Kejadian                        : 4:21 pagi, 17 Februari 2022
                       
Koordinat: 23.8° Selatan 180.0° Barat
Lokasi: Selatan Kepulauan Fiji
Magnitud: 6.4
Jarak                         : 657km Selatan dari Laucala,Fiji
                       
Kedalaman: 536 km

                        Penilaian
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia
Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2022 03:23 PM | Show all posts
    Ramalan cuaca seluruh negara pada 19hb Februari 2022 dikeluarkan oleh
    Jabatan Meteorologi Malaysia

   
Cuaca Pagi
Semenanjung
                    Tiada hujan: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor               
Sabah
                    Hujan di satu dua tempat: Tawau dan Sandakan
Tiada hujan: Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan WP Labuan               
Sarawak
                    Tiada hujan: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang               
   
Cuaca Petang
Semenanjung
                    Ribut petir di satu dua tempat: WP Kuala Lumpur
Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman: Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor
Tiada hujan: Pulau Pinang, WP Putrajaya dan Melaka               
Sabah
                    Ribut petir di satu dua tempat: Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan
Hujan di satu dua tempat: Kudat
Tiada hujan: WP Labuan               
Sarawak
                    Ribut petir di satu dua tempat: Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang
Tiada hujan: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong               
   
Cuaca Malam
Semenanjung
                    Ribut petir di satu dua tempat: Pahang
Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman: Kedah
Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman: Selangor, Negeri Sembilan dan Johor
Tiada hujan: Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Melaka               
Sabah
                    Ribut petir di satu dua tempat: Sandakan dan Kudat
Hujan di satu dua tempat: Pedalaman, Tawau dan WP Labuan
Tiada hujan: Pantai Barat               
Sarawak
                    Hujan di satu dua tempat: Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang
Tiada hujan: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong               

Keadaan anginKeadaan laut
Selat Melaka
                    Utara                            U                10-20 kmsj                            0.5-1.0 meter            
                    Selatan                            U                10-20 kmsj                            0.5-1.0 meter            
Laut China Selatan
                Semenanjung                            TTG                20-30 kmsj                            1.0-1.5 meter            
                Sarawak                            TL                20-30 kmsj                            1.0-1.5 meter            
                Sabah                            TTL                30-40 kmsj                            1.5-2.5 meter            
Laut Sulu
                Sulu                            TTL                20-30 kmsj                            1.0-1.5 meter            
        
                Nota:                                            U - Utara, TL - Timur Laut, T - Timur, TG - Tenggara, S - Selatan, BD - Barat Daya, B - Barat, BL - Barat Laut, PH - Pelbagai hala, < - Kurang dari            
Cuaca Kuala Lumpur
PagiTiada hujan
PetangRibut petir
                           
Suhu
Maksimum34 °C
Minimum24 °C

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2022 05:29 PM | Show all posts
Amaran ribut petir hampir semua negeri petang ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan 10 negeri pada petang ini.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan di Facebook berkata, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bakal melanda keseluruhan negeri Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya.

“Keadaan cuaca buruk itu akan berterusan sehingga pukul 9 malam hari ini.

“Selain itu, keadaan yang sama juga berlaku di daerah Yan, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah, manakala bagi negeri Pulau Pinang melibatkan kawasan Seberang Perai Utara, Tengah serta Selatan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, hujan lebat serta ribut petir juga dilaporkan tertumpu hampir keseluruhan daerah di Perak petang ini serta beberapa kawasan di Negeri Sembilan temasuklah Seremban dan Port Dickson.

“Di Johor, ia melibatkan kawasan Tangkak, Muar dan Batu Pahat,” ujarnya.

Sementara itu, MetMalaysia meminta penduduk di Terengganu dan Sarawak agar mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan hujan lebat serta ribut petir yang sedang berlaku melibatkan beberapa bahagian negeri tersebut.

“Ia dijangkan berterusan sehingga pukul 6 petang nanti,” katanya lagi.

Menurut laporan lain, MetMalaysia menjangkakan cuaca lembap dengan hujan dan ribut petir di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung yang bakal berlaku pada sebelah petang sehingga awal malam.

Terbaharu, lima lokasi di Dengkil terjejas akibat ribut petir yang berlaku semalam sekitar pukul 5.30 petang sehingga menyebabkan berlaku kerosakkan pada kenderaan, surau, premis perniagaan serta rumah penduduk di kawasan sekitar.

Manakala, kira-kira 70 buah rumah penduduk di Belimbing Dalam serta daerah Melaka Tengah termasuk Krubong, Tanah Merah, Lanjut Manis dan Kampung Ladang dilaporkan turut terjejas disebabkan kejadian ribut yang berlaku lewat petang semalam. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/02 ... -negeri-petang-ini/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2022 09:02 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 09:03 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 09:05 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 03:28 PM | Show all posts
                                                
                Ramalan cuaca seluruh negara pada 24hb Februari 2022 dikeluarkan oleh
    Jabatan Meteorologi Malaysia

   
Cuaca Pagi
Semenanjung
                    Hujan di beberapa tempat: Pulau Pinang dan Pahang
Hujan di satu dua tempat: Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Selangor
Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai: Johor
Tiada hujan: Perak, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka               
Sabah
                    Hujan di satu dua tempat: Kudat
Tiada hujan: Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan WP Labuan               
Sarawak
                    Tiada hujan: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang               
   
Cuaca Petang
Semenanjung
                    Ribut petir di beberapa tempat: WP Kuala Lumpur
Ribut petir di beberapa tempat di kawasan pedalaman: Perak
Ribut petir di satu dua tempat: Selangor, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
Hujan di kebanyakan tempat: Kedah
Hujan di beberapa tempat: Perlis, Pulau Pinang dan Pahang
Hujan di satu dua tempat: Kelantan dan Terengganu               
Sabah
                    Ribut petir di satu dua tempat: Tawau, Sandakan dan Kudat
Hujan di satu dua tempat: Pantai Barat
Tiada hujan: Pedalaman dan WP Labuan               
Sarawak
                    Ribut petir di satu dua tempat: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang               
   
Cuaca Malam
Semenanjung
                    Hujan di beberapa tempat: Pahang
Hujan di satu dua tempat: Pulau Pinang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman: Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu               
Sabah
                    Hujan di satu dua tempat: Pedalaman dan Sandakan
Tiada hujan: Pantai Barat, Tawau, Kudat dan WP Labuan               
Sarawak
                    Hujan di satu dua tempat: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang
Tiada hujan: Sarikei, Sibu dan Mukah               

Keadaan anginKeadaan laut
Selat Melaka
                    Utara                            UTL                30-40 kmsj                            1.5-2.5 meter            
                    Selatan                            UBL                20-30 kmsj                            1.0-1.5 meter            
Laut China Selatan
                Semenanjung                            TL                40-50 kmsj                            2.5-3.5 meter            
                Sarawak                            TL                40-50 kmsj                            2.5-3.5 meter            
                Sabah                            TL                40-50 kmsj                            2.5-3.5 meter            
Laut Sulu
                Sulu                            TTL                30-40 kmsj                            1.5-2.5 meter            
        
                Nota:                                            U - Utara, TL - Timur Laut, T - Timur, TG - Tenggara, S - Selatan, BD - Barat Daya, B - Barat, BL - Barat Laut, PH - Pelbagai hala, < - Kurang dari            
Cuaca Kuala Lumpur
PagiTiada hujan
PetangRibut petir
                            24 °C
Suhu
Maksimum32 °C
Minimum
                JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
                KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR
            
Jalan Sultan,
46667 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
                                                            Tel:
                        +603-79678000
                    
                                            Faks:
                        +603-79578052
                    
                                            Emel:
                        pcn@met.gov.my
                    
                                            Laman web:
                        www.met.gov.my
                    
               
            

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.083317 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list