CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 1

[Dunia] Hospital di Boston enggan lakukan pemindahan jantung pesakit tidak divaksin

[Copy link]
Post time 28-1-2022 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BOSTON: Sebuah hospital di Boston enggan melakukan pemindahan jantung ke atas seorang pesakit yang belum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, lapor media televisyen Amerika Syarikat pada Rabu (26 Jan).

Seorang jurucakap Hospital Brigham dan Wanita mengesahkan di dalam kenyataan kepada AFP bahawa vaksinasi koronavirus "diwajibkan" buat pesakit penerima pemindahan organ di sana.

Bapa pesakit itu, David Ferguson muncul dalam berita CNN dan ABC untuk berkongsi kisah keluarganya. Beliau berkata anak lelakinya yang berusia 31 tahun itu sedang "diambang kematian" dan "dibiarkan" menunggu bagi pemindahan jantung.

Pesakit yang berada dalam senarai pemindahan organ di hospital tersebut enggan menerima suntikan vaksin COVID-19.

"Ini bertentangan dengan prinsip asas beliau. Beliau tidak percaya dengan vaksin itu,” kata Ferguson kepada ABC.

"Ini merupakan dasar yang memaksa pesakit. Disebabkan pesakit enggan mendapatkan suntikan vaksin, dia dikeluarkan daripada senarai penerima pemindahan jantung," kata bapa pesakit berkenaan.

"Hospital ini memerlukan beberapa vaksin yang disyorkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), termasuk vaksin COVID-19," menurut Hospital Brigham dan Wanita dalam sebuah kenyataan.

Ahli etika perubatan di Universiti New York, Arthur Caplan, memberitahu CBS "Selepas sebarang pemindahan organ, sistem imun pesakit akan menjadi rendah dan COVID-19 boleh membunuh pesakit."

"Organ-organ ini sukar didapati dan pihak hospital tidak akan memberikan organ kepada individu yang tidak mempunyai peluang baik untuk hidup berbanding dengan mereka yang sudah menerima suntikan vaksin," kata Caplan.

Atas sebab itu "pesakit yang tidak divaksin tidak aktif di dalam senarai pemindahan organ" menurut hospital di mana anak Encik Ferguson masih dirawat.

Menurutnya beliau menghormati pilihan anaknya itu dan merancang untuk memindahkannya ke hospital lain.

"Namun, kami sudah kesuntukan masa," kata Encik Ferguson mengenai keadaan anaknya itu.

Hanya 62 peratus penduduk di Amerika Syarikat, sudah lengkap divaksin, sebahagiannya disebabkan perbezaan politik mengenai suntikan vaksin. AS mencatat hampir 60 juta jangkitan COVID-19 dan 872,000 kematian.

Sumber : AFP/FA/fa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
"Organ-organ ini sukar didapati dan pihak hospital tidak akan memberikan organ kepada individu yang tidak mempunyai peluang baik untuk hidup berbanding dengan mereka yang sudah menerima suntikan vaksin," kata Caplan."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.224856 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list