View: 1911|Reply: 18
|
[Tempatan]
Lelaki ditahan mengintai wanita tgh mandi. Tapi dlm hp ada byk video ibu kepada wanita tu. Pun tgh mandi. Faham ka tak faham?
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki ditahan kerana mengintai wanita sedang mandi di Sibu.
By TVS
January 27, 2022
Sibu, 27 Jan : Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan kerana disyaki mengintai seorang wanita yang sedang mandi di rumahnya di Rejang Park, Sibu pada Selasa lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu , Superintendan Dr Collin Babat berkata, ketika kejadian pengadu yang sedang mandi ternampak kelibat seorang lelaki melalui ruang kipas udara bilik mandi di rumahnya kira -kira pukul 7.30 pagi.
Katanya, pengadu yang bekerja sebagai pelayan di kedai kopi segera berlari keluar dan memanggil ibunya namun suspek melarikan diri.
” Polis kemudian telah menahan seorang penganggur yang tinggal bersebelahan rumah mangsa dan merampas dua buah telefon bimbit milik suspek,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.
Menurut Collin, pemeriksaan polis mendapati tiada video atau gambar pengadu dalam telefon milik yang dirampas sebaliknya menemui banyak rakaman video ibu pengadu sedang mandi.
Suspek telah ditahan pada pukul 5.45 petang pada hari yang sama dan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah Amphetamine dan Methamphetamine.
Beliau memberitahu, suspek juga mempunyai 16 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan.
” Kes disiasat mengikut Seksyen 292 kerana mempunyai bahan lucah dalam telefon bimbit dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang wanita,”katanya. -TVS |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak ketumbit ke mata? |
|
|
|
|
|
|
|
Mandikan sangap ni. Sangap sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 27-1-2022 11:42 PM
Tak ketumbit ke mata?
Jadi teori intai orang mandi jadi ketumbit tu tak boleh pakai la kan.. Kalau tak senang nak kenal orang yang suka mengintai orang mandi ni
Sangap betul laki ni. Jiran sendiri pun nak intai. Dah sah2 la diorg kenal kau. Jadi kau senang kena tangkap |
|
|
|
|
|
|
|
Dia lagu suka mak pengadu. Taste org tua |
|
|
|
|
|
|
|
jijik lah
ni mesti jenis kepam selekeh tak laku takde awek nak
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah tak keje..mendadih plak. Itu jelah perangai yang aneh2. Cube kalau Keje,sibuk carik duit. Takdanya buat keje tak senonoh cmtu |
|
|
|
|
|
|
|
Ni layak dimandikan dan dikuburkan hidup2, sebab satu sen pun tak.guna |
|
|
|
|
|
|
|
Panjangnya tajuk dan mcm menggambarkan keseluruhan cerita
Bilik air kat kg jenis guna batu bata bunga tu separuh jela bahagian atas tu.
Mmg tak syok je nk mandi risau kang ada yg tetiba lalu lalang kat belakang tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia suka yg baya2 dia la tu, matured women |
|
|
|
|
|
|
|
dia taste MILF |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha baca tajuk pun dh tergelak
Tak dinyatakan plk pengadu umur bpa, ibu dia umur bpa. Kalau ibu pengadu umur 40-an lebih kurang sebaya je lah dgn pengintai tu. Mgkn dh lama taruh hati |
|
|
|
|
|
|
|
yg kes cina singapore lagi dahsyat
dia fokus nak record perempuan dlm tandas je
nak tgk tgh berak je gamaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mak nya mandi baru dia gigih nak record. Pelik2 betul lah. |
|
|
|
|
|
|
|
yg check tu polis2 semua dah tahu mak dia mandi macamana |
|
|
|
|
|
|
|
TravellingBear replied at 28-1-2022 11:09 AM
yg check tu polis2 semua dah tahu mak dia mandi macamana
Tu la...nk tnya soklan yg sama, pengadu yg buat report polis, polis thn suspek cek hp terus ckp byk gmbr mak pengadu, adakah pulis adik beradik pengadu? jiran pengadu? atau bapa pengadu? haishhhh! Apesal aku tanya soklan nih? lantak kome le.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni maknanya tiada rotan,akar berguna..
Atau mungkin jugak ..pucuk dicita,ulam mendatang. |
|
|
|
|
|
|
|
miznora replied at 27-1-2022 11:46 PM
Jadi teori intai orang mandi jadi ketumbit tu tak boleh pakai la kan.. Kalau tak senang nak kenal ...
Yang iols tau, ngintai orang hadas besar/kecik baru ketumbit. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 27-1-2022 11:42 PM
Mandikan sangap ni. Sangap sangat.
Kena mandikan air batu -45C ke apa ni..baru tersadar dr high... |
|
|
|
|
|
|
| |
|