CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1344|Reply: 8

Maya Karin tak layan LAKI orang

  [Copy link]
Post time 27-1-2022 11:00 PM | Show all posts |Read mode
Maya Karin tak layan LAKI orang


Maya tidak risau dilabelkan pengacau rumah tangga orang, malah, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana prinsipnya, berani kerana benar. - Foto IG Maya Karin

KUALA LUMPUR: Pintu hati aktres jelita, Maya Karin, 42, tidak pernah tertutup menerima lamaran cinta, meskipun rumah tangga yang dibina atas dasar cinta berkecai di pertengahan jalan.

Sejak berpisah dengan bekas suami kira-kira 11 tahun lalu, Maya masih meletakkan kepercayaan terhadap institusi perkahwinan apabila terbuka didekati mana-mana lelaki.

Buktinya, Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke mendedahkan sedang mengenali dan didekati beberapa jejaka. Malah, tidak menolak ada antara mereka yang sesuai dijadikan calon suami pada penghujung tahun lalu.

Bagaimanapun, tanpa angin atau ribut, kini timbul pula gosip baharu mendakwa pelakon yang meledak menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam itu menjalinkan hubungan dengan individu berpangkat Datuk.

Gosip tersebar bukan sahaja mengejutkan ramai peminat, malah, Aktres Terbaik, Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 di Fukuoka, Jepun itu turut terkedu mendengarnya.

"Jujurnya, saya juga tertanya-tanya siapakah Datuk yang dimaksudkan? Jika betul, saya harap tolong dedah identiti Datuk yang dikaitkan dengan saya.

"Saya mahu tahu juga siapakah gerangannya. Saya tak nafikan, ada ramai kenalan berpangkat Datuk. Hubungan sekadar kawan dan atas dasar urusan kerja.

"Namun, jika nak kaitkan ada hubungan serius, itu memang tidak benar," katanya kepada BH Online.

Biasanya lelaki yang berpangkat dan berpengaruh, jarang sekali berstatus bujang. Justeru, apabila dikaitkan dengan golongan VVIP, tidakkah Maya risau dilabelkan pengacau rumah tangga orang?

Enggan mengambil peduli pandangan negatif dan skeptikal seperti itu, Maya menegaskan, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana prinsipnya, berani kerana benar.

"Saya tak kisah orang nak mengata. Apa yang penting, saya tidak melakukan perkara yang didakwa. Tak perlu nak takut dengan persepsi orang kerana hanya kita sahaja tahu perkara sebenar," tegasnya.



Maya tak kisah identiti lelaki berpangkat Datuk dikaitkan dengannya didedahkan, punya ramai kenalan VVIP atas dasar kawan dan urusan kerja. - Foto IG Maya Karin

Mengulas perkembangan hubungannya dengan seorang jejaka yang menetap di Australia dan kerap berhubung menerusi aplikasi Facetime, Maya hanya menggelengkan kepala.

Tanpa berselindung, Maya mengakui, hubungan sudah pun berakhir.

"Hubungan hanya mampu bertahan selama beberapa bulan. Kami tidak lagi berhubung dan membawa haluan sendiri. Tambahan pula jadual lakonan saya agak padat, jadi, saya kini kembali fokus kepada kerja," luah Maya yang pernah popular menerusi lagu Erti Cinta.

Seperkara mengenai wanita kelahiran Bayreuth, Bavaria, Jerman yang cukup dikagumi adalah sikap berdikari dan tidak bergantung dengan lelaki bagi meneruskan kehidupan.

Mengulasnya, Maya berkata, cara didikan dilaksanakan orang tuanya berjaya membentuk keperibadian menjadi wanita yang berjiwa ampuh dan mandiri.

"Sejak kecil saya sudah diberi tanggungjawab menjaga dua adik jika ibu bapa tiada di rumah. Malah, mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya membawa adik-adik menaiki pesawat tanpa ditemani sesiapa pada usia 10 tahun.

"Saya percaya hasil didikan ibu bapa berjaya menjadikan saya seorang yang berdikari tanpa perlu bergantung pada orang lain termasuk dari segi wang ringgit," jelas Maya.

Menyentuh mengenai kerjayanya, nama Maya antara barisan pelakon utama filem Telaga Suriram arahan Osman Ali bergandingan dengan Farid Kamil, Nabila Huda dan Scha Alyahya. Ini adalah filem keenam Maya bekerja di bawah sentuhan Osman.

Kali terakhir, Maya muncul dalam filem Jwanita yang diterbitkan tujuh tahun lalu.


Maya sudah enam kali bekerja di bawah arahan Osman bersama pelakon filem Telaga Suriram, Farid, Nabila dan Scha. - Foto IG Scha Alyahya

Berkongsi lanjut karya bergenre seram itu, aktres yang mula diperkenalkan menerusi filem Seri Dewi Malam itu berkata, dia tertarik dengan jalan cerita dan watak dalam filem berkenaan.

"Walaupun filem bergenre seram, tetapi tidaklah memaparkan watak hantu. Sebaliknya, jalan cerita tidak klise dan karakter Rohaya berbeza dengan watak yang pernah dilakonkan. Ini membuatkan saya tertarik menerima tawaran Osman.

"Bagi saya, filem ini sangat menarik kerana menampilkan ramai pelakon hebat. Saya pernah berlakon dengan Farid, tetapi kali pertama bergandingan dengan Nabila dan Scha," katanya.

Mengenai persiapan dilakukannya sebelum memasuki lokasi penggambaran penghujung bulan ini, Maya berkata, dia akan menjalani latihan bersama guru lakonannya yang juga pelakon dan pengarah kontroversi, Ellie Suriaty.

"Ada sesi latihan dikendalikan Ellie. Tetapi, ada masanya saya akan berlatih sendiri dan memberi tumpuan lebih untuk memantapkan watak Rohaya," ujar pemegang trofi Pelakon Terbaik, Festival Filem Fantasi dan Seram Estepona, Malaga, Sepanyol pada 2005.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... ak-layan-laki-orang


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Yer ker? Flip selendang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemahen statement sambil2 bersukan golf, tennis bersama laki org.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 10:50 PM | Show all posts
yg kuat gebang selalunya dialah pencaras

sebiji mcm ctcaras masa mak angkat dia ajak makan nasi dirumah dia kata dia diet , sekali termakan ,,bertambah-tambah

xcukup menhabiskan beras dirumah mak angkat dia  kasi habissssss sekali dengan rumahtangga mak angkat dia

padan muka

Mcm maya karin

spesis wanita terencat otaknya
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
AnnaSendin replied at 28-1-2022 07:26 PM
Yer ker? Flip selendang.

Ko ingat semua org macam ko? No other status to look out for kecuali laki org?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
.HannahMontana. replied at 28-1-2022 10:50 PM
yg kuat gebang selalunya dialah pencaras

sebiji mcm ctcaras masa mak angkat dia ajak makan nasi dir ...

Sekarang payback time kot?..anak anak tirinya dan menantu menantu tirinya slowly but surely gali gunung harta mak tiri ini?


Kahkahkahkah

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2022 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Eeee ketiak bucuk
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerprimer replied at 29-1-2022 02:55 AM
Ko ingat semua org macam ko? No other status to look out for kecuali laki org?

Kahkahkahkahkah

Ker uols? Rengsa semacam jurr? Oh nak kutip tacang kan, ittuew yang provoke forumer lain tuew. Nah iols bagi satu. Syiaan stinger clan, asyik kena drop maqam jurr.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2022 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
AnnaSendin replied at 29-1-2022 01:32 PM
Ker uols? Rengsa semacam jurr? Oh nak kutip tacang kan, ittuew yang provoke forumer lain tuew. Nah ...

Ker jurr keer jurr, ye ker last last flip selendang terus terasa provoke dgn aku....

Kahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.059495 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list