CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Borneo] Umrah dibenarkan mulai 8 Februari ini

[Copy link]
Post time 27-1-2022 10:15 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan semula umat Islam di negara ini mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Februari ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan tidak berhasrat memanjangkan tempoh penggantungan perjalanan ibadah itu susulan penularan jangkitan varian Omicron COVID-19.

“Kabinet sudah membuat keputusan… kita tidak mahu memanjangkan lagi tempoh penggantungan.

“Jadi, apabila 8 Februari ini nanti, bolehlah ejen-ejen pelancongan umrah meneruskan aktiviti umrah masing-masing,” katanya kepada media ketika diminta mengulas mengenai perjalanan ibadah umrah selepas Majlis Pelancaran Video Kempen Dream Malaysia di Kuala Lumpur pada Rabu.

Jelas Dato Sri Nancy lagi, Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kebenaran perjalanan itu masih sama seperti sebelumnya antaranya mewajibkan setiap jemaah mengambil dos penggalak.

“SOP dari dulu sama. Tinggal hanya ada beberapa tambahan SOP baharu untuk jemaah dan ini akan dibincangkan bersama pihak ejen pelancongan umrah.
“Jadi, SOP yang terperinci akan dibincang selanjutnya,” katanya.

Pada 1 Januari lepas, Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin telah mengumumkan penangguhan sementara kebenaran perjalanan menunaikan ibadah umrah bermula 8 Januari dan mengkaji penilaian risiko situasi COVID-19 membabitkan varian itu selepas berlakunya peningkatan varian Omicron COVID-19 dalam kalangan jemaah yang datang dari Arab Saudi.


sarawakvoice.com/2022/01/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 1.031325 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list