CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

[Sarawak] Char kuetiau pilihan ramai

[Copy link]
Post time 27-1-2022 10:09 PM | Show all posts |Read mode


CHAR kuetiau antara menu kegemaran pengunjung pasar malam atau kedai makan ketika ini.

Sajian berasal dari Pulau Pinang ini mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.

Aroma char kuetiau yang sangat unik mampu membuka selera setiap pelanggan.

Selain itu, char kuetiau juga tersenarai sebagai salah satu makanan istimewa Malaysia seiring roti canai dan nasi lemak.

Pasangan suami isteri Kamarul Arri in Rosbi, 45, dan Nor Herawina Mohd Johari, 41 membuka restoran Char Kway Teow Tapak Kuning.

Menurut Kamarul, nama kedai itu dipilih kerana mahu mengikut trend terkini selain memudahkan pelanggan mengingati nama kedainya.

“Saya dan isteri memilih perniagaan char kuetiau kerana kami sangat menggemari makanan tersebut,” katanya.

Tambah Kamarul, kekuatan rasa dan aroma char kuetiau bergantung pada kuah kicap walaupun ramai orang mampu menggorengnya.

“Kelainan rasa char kuetiau bergantung pada kuah yang banyak sehingga banjir di seluruh pinggang,” kataya lagi.

Selain itu, ujar Kamarul, char kuetiau juga ditambah sama ada udang, kerang atau sotong segar bergantung kepada selera pelanggan sendiri.
“Char kuetiau lebih enak dimakan dalam tempoh 45 minit kerana masih panas,” ujarnya.

Mengimbau kembali ketika perniagaan char kuetiau dibuka pertama kali, Kamarul dan isterinya memulakan perniagaan ini di Kampung Gersik pada 2012.

“Ketika itu, warga tempatan agak kurang mengenali makanan ini kerana char kuetiau dimasak dengan kuah,” katanya.

Tambah Kamarul, pelanggan juga agak berkurangan kerana ketika itu belum biasa melihat juadah tersebut.

Perniagaan itu hanya mampu bertahan sehingga enam bulan kerana char kuetiau kurang popular.

“Saya terpaksa berhenti buat sementara waktu hingga diberi peluang berniaga di Pasar Malam Metrocity pada 2017,” katanya lagi.

DAPAT SAMBUTAN RAMAI

Namun, siapa sangka char kuetiau mendapat perhatian orang ramai sehingga Kamarul sendiri tidak menang tangan menyiapkan tempahan pelanggan.

“Char kuetiau berjaya mendapat tempat di hati pelanggan sehingga menjadi hidangan wajib di hampir setiap restoran,” ujarnya lagi.

Kamarul melihat perniagaan char kuetiau sebagai peluang emas kerana belum ada lagi peniaga char kuetiau di pasar malam.

“Semakin hari, pelanggan semakin bertambah sehingga memerlukan banyak ruangan,” katanya.

Sementara itu, isterinya Herawina berkata, mereka berpindah ke lokasi baharu di Satok untuk membuka premis perniagaan sendiri di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).

“Kami memulakan operasi perniagaan pada 3 petang hingga 10 malam setiap Isnin hingga Sabtu,” ujarnya.

Jelas Herawina, char kuetiau udang merupakan menu paling popular kerana sering mendapat tempahan pelanggan.

“Perniagaan kami dibantu oleh enam pekerja termasuk dua tukang masak,” ujarnya lagi.

Tambah Herawina, kadangkala dia sendiri turun padang sekiranya tukang masaknya bercuti.

Selain itu, Herawina turut menggunakan platform Grabfood dan Foodpanda untuk meningkatkan jualan.

“Ketika pelaksanaan PKP, Grabfood dan Foodpanda banyak membantu kami meneruskan operasi perniagaan,” ujarnya.

Inisiatif Mara juga banyak meringankan bebannya dengan memberi pengecualian bayaran bulanan premis.

“Saya bersyukur kerana Mara banyak membantu kami yang terkesan akibat pelaksanaan PKP agar dapat meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Bagi yang mahu mendapatkan perkembangan terkini Char Kway Teow Tapak Kuning, sila layari laman media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok.


by Suaraswk
January 27, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.068122 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list