CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Sarawak] Ikan lumek jana pendapatan Rasidah

[Copy link]
Post time 27-1-2022 10:07 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Muncul dengan produk ikan lumek yang dijadikan sebagai makanan ringan, Rasidah Samsudin, 29, menjualnya dengan dua perisa pilihan iaitu asli dan gula apong.

Menurutnya, proses menghasilkan produk ini tidak terlalu rumit kerana bekalan bahan mentahnya sentiasa mencukupi.

“Cara pembuatannya sangat mudah. Proses balik lumek salai dan sotong kering menjadi kundapan.

Ikan ini akan dijemur untuk proses pengeringan supaya tidak lembab selepas diproses.

“Proses seterusnya adalah secara mengoreng dengan bahan-bahan yang premium seperti gula apong asli dari Sarawak,” katanya kepada Suara Sarawak.

Menurut Rasidah, perniagaanik an lumek sotong jualannya merupakan sumber pendapatan tetapnya sebagai suri rumah untuk membantu suami menyara kehidupan.

“Saya mengusahakan lumek merah berperisa asli dan gula apong sejak tahun 2019 manakala sotong merah pula mulai tahun 2021.


“Saya langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan produk jualan tahan lama melainkan hanya menggunakan bahannya sendiri,” katanya lagi.

Menurut Rasidah, tindakan memilih produk ini sebagai jualan disebabkan pasarannya ia tidak mempunyai banyak saingan dan susah didapati di luar bandar.

“Ikan lumek sotong juga merupakan salah satu makanan kegemaran kami sekeluarga, sekali gus memudahkan saya menghasilkannya.

“Dari situ, saya mendapat inspirasi untuk menjadikannya sebagai bahan jualan dengan memprosesnya di rumah,” katanya lagi.

Beliau juga menjelaskan, produk ikan lumek sotong dapat bertahan sehingga setahun untuk disimpan.

“Harga jualan untuk lumek asli adalah RM13 sebungkus diikuti lumek merah gula apong RM15 sebungkus manakala, sotong merah RM12.

“Setakat ini, harga tersebut merupakan harga pasaran yang ditetapkan kecuali harga borong yang dijual lebih rendah berbanding harga pasaran,” jelas Rasidah.

Mengulas mengenai cabaran yang dihadapi, beliau berkata, proses penghasilan ikan lumek merah berperisa dan sotong merah amat sukar dilakukan ketika musim hujan.

Ia kerana kedua-dua bahan tersebut perlu melalui proses pengeringan yang sempurna.

“Perniagaan ini adalah secara persendirian dan saya mempromosikannya melalui laman sosial seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya.

“Meskipun tidak mempunyai tapak yang tetap namun kuasa viral di media sosial sangat memainkan peranan dalam mempromosikan perniagaan ini.

“Saya juga akan menjualnya di pasar malam mahupun pada program yang diadakan pada setiap tahun termasuk agrofestival,” dedahnya.

Rasidah juga menyediakan perkhidmatan menghantar tempahan pelanggan dari rumah ke rumah selain mempunyai ejen dan stokis di beberapa kawasan Kuching, Miri, Betong dan Kapit.

“Saya berharap agar lebih ramai yang mengenali produk saya di samping berminat untuk menjadi stokis bagi memperluaskan lagi pasaran produk ini.

“Selain itu, perniagaan kecil-kecilan saya ini juga diharapkan dapat membantu para suri rumah untuk menjana pendapatan sampingan keluarga masing-masing,” katanya.

Pelanggan dan orang ramai boleh kunjungi laman Facebook Rasidah Samsudin untuk maklumat lanjut mengenai produk ini.


by Suaraswk
January 27, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.174968 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list